NATO memberi amaran perang Russia-Ukraine ambil masa bertahun

June 20, 2022 · Dunia

Peperangan di Ukraine boleh berlarutan selama bertahun-tahun, kata ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Ahad (19 Jun), sambil meminta sokongan padu daripada sekutu Ukraine ketika tentera Russia berusaha merebut wilayah di timur negara itu.

Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg berkata membekalkan senjata canggih kepada tentera Ukraine akan meningkatkan peluang membebaskan wilayah timur Donbas daripada kawalan Russia, lapor akhbar Bild am Sonntag Jerman.

“Kita mesti bersedia dengan hakikat bahawa ia boleh mengambil masa bertahun-tahun. Kita tidak boleh berputus asa dalam menyokong Ukraine.

“Walaupun kosnya tinggi, bukan sahaja untuk sokongan ketenteraan, juga kerana kenaikan harga tenaga dan makanan,” katanya.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson, yang melawat Kyiv pada Jumaat, memberi pendapat sama berhubung keperluan bersiap sedia untuk perang yang panjang, lapor akhbar Sunday Times London.

Bercakap kepada pemberita pada Sabtu, Johnson menekankan keperluan sekutu Ukraine membantu negara itu bagi tempoh masa yang lama, tatkala tentera Russia bergerak ke hadapan inci demi inci.

Sasaran utama dalam terbaharu serangan Moscow adalah untuk merampas kawalan sepenuhnya wilayah Luhansk – salah satu daripada dua wilayah yang membentuk Donbas – ialah bandar perindustrian Sievierodonetsk.

Russia berkata serangannya di bandar itu berjalan dengan lancar.

Gabenor Luhansk Serhiy Gaidai memberitahu TV Ukraine bahawa pertempuran sengit menyebabkan pemindahan penduduk dari bandar itu mustahil.

“Tetapi semua dakwaan Russia bahawa mereka mengawal bandar itu adalah pembohongan. Mereka mengawal bahagian utama bandar, tetapi bukan seluruh bandar,” katanya.

Kementerian Pertahanan Russia berkata tenteranya telah menguasai Metyolkine, di tenggara Sievierodonetsk, dengan agensi berita negara Russia TASS melaporkan bahawa ramai pejuang Ukraine menyerah kalah di sana.

“Serangan ke arah Sievierodonetsk berkembang dengan jayanya,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Russia Igor Konashenkov dalam satu kenyataan video. Beliau berkata penempatan Metyolkine, di pinggir timur bandar itu, telah diambil-alih sepenuhnya.

“Angkatan tentera Persekutuan Russia terus menyerang sasaran tentera di wilayah Ukraine,” katanya.

Konashenkov berkata peluru berpandu jelajah Kalibr jarak jauh menyerang pusat arahan di wilayah Dnipropetrovsk, membunuh jeneral dan pegawai Ukraine, termasuk kakitangan am.

Russia juga berkata ia telah memusnahkan 10 meriam Howitzer 155-mm M777 dan sehingga 20 kenderaan tentera di bandar Mykolaiv, Ukraine yang telah dibekalkan oleh negara-negara Barat sejak 10 hari lalu.

Peluru berpandu Iskander pula mengenai loji pembaikan kereta kebal Kharkiv di Ukraine, memusnahkan dua sistem pelancaran roket berganda, kata Konashenkov. – Agensi

Berita berkaitan
4.8 juta warga Ukraine berdaftar sebagai pelarian di Eropah
June 10, 2022· Dunia
Syarikat Jepun bakal terjejas susulan sekatan terhadap Rusia
May 30, 2022· Dunia
Lebih 100 juta orang dihalau dari rumah sendiri seluruh dunia: PBB
May 23, 2022· Dunia
Putin beri amaran kepada Finland, Sweden jika benarkan NATO masuk
May 17, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
14 jam lalu · Dunia
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
19 jam lalu · Dunia
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022 · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022 · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok