Nanmadol rempuh Jepun malam ini

September 18, 2022 · Dunia

Taufan Nanmadol mula merempuh kawasan di barat daya Jepun pada malam ini (18 September 2022), ketika pihak berkuasa menggesa berjuta-juta penduduk untuk berlindung daripada angin dan ribut kencang serta hujan lebat.

Taufan yang menyebabkan Jepun mengeluarkan amaran Tahap 5 itu secara rasmi mendarat sekitar jam 7 malam tadi waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia) ketika dinding Nanmadol tiba berhampiran bandar Kagoshima, bandar di Pulau Kyushu, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Ia membawa angin ribut dengan kelajuan sehingga 234 kilometer sejam (kmj) dan telah pun mencurahkan sehingga 500 mm hujan dalam masa kurang 24 jam di bahagian barat daya Pulau Kyushu.

Sekurang-kurangnya 20,000 orang bermalam di pusat perlindungan di wilayah Kagoshima dan Miyazaki di Kyushu, di mana JMA telah mengeluarkan “amaran khas” yang jarang berlaku – amaran yang dikeluarkan hanya apabila ia meramalkan keadaan yang dilihat sekali dalam beberapa dekad.

Badan penyiar nasional NHK, yang mengumpul maklumat daripada pihak berkuasa tempatan, berkata lebih tujuh juta penduduk telah diberitahu untuk berpindah ke tempat perlindungan atau berlindung di bangunan kukuh ketika ribut melanda.

Menjelang pagi Ahad, 25,680 isi rumah di Kagoshima dan jirannya Miyazaki sudah terputus bekalan elektrik, manakala perkhidmatan kereta api serantau, penerbangan dan feri dibatalkan sehingga berlalunya ribut, kata pihak berkuasa utiliti dan perkhidmatan pengangkutan tempatan.

Walaupun taufan, yang ke-14 musim ini, lemah sedikit pada jam 3 pagi Ahad, masih terdapat kemungkinan tiupan maksimum sekitar 250kmj. Di Yakushima, wilayah Kagoshima, kelajuan maksimum angin dicatat sehingga 183.24kmj.

Perdana Menteri Fumio Kishida, yang menghadiri mesyuarat dengan menteri dan pegawai kanan yang bertanggungjawab untuk bertindak balas terhadap taufan berbahaya itu, menyeru orang ramaiuntuk berpindah segera jika mereka merasakan bahaya yang sedikit.

Pejabat Kabinet berkata tujuh wilayah di Pulau Kyushu memutuskan untuk menggunakan akta bantuan bencana kepada semua majlis perbandaran di setiap wilayah kerana kebimbangan semakin meningkat bahawa Nanmadol boleh mendatangkan malapetaka di sana.

Tujuh wilayah tersebut ialah Fukuoka, Saga, Nagasaki, Kumamoto, Oita, Miyazaki dan Kagoshima.

Ini adalah kes pertama di mana akta bantuan bencana digunakan sebelum kerosakan sebenarnya berlaku sejak undang-undang itu disemak pada 2021 bagi membolehkan permohonan awal sedemikian.

Di bawah undang-undang itu, perbelanjaan majlis perbandaran untuk menubuhkan pusat pemindahan ditanggung oleh kerajaan pusat dan wilayah.

JMA mengeluarkan amaran Pulau Kyushu mungkin berdepan bahaya yang “belum pernah terjadi” daripada angin kencang, ribut dan hujan lebat.

Setakat ini, 2.9 juta penduduk di Kyushu telah diberikan amaran pemindahan, menurut Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana kerajaan, dan pegawai Kagoshima berkata lebih 8,500 orang sudah berada di pusat perlindungan tempatan. – Agensi

Berita berkaitan
Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Jumaat: MetMalaysia
November 21, 2023· Isu semasa
Amaran tsunami dikeluarkan agensi cuaca Jepun susulan gempa
October 9, 2023· Dunia
Tiada halangan import ikan dari Jepun, kata Mat Sabu
October 4, 2023· Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
September 25, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok