Najis manusia mampu jana tenaga elektrik

Sepasukan penyelidik di Bristol bakal mencipta sel bahan api tenaga bersih baharu yang mampu menukarkan najis manusia kepada tenaga elektrik.

Daily Star melaporkan para penyelidik turut berpendapat tidak mustahil suatu hari nanti, ia dapat digunakan untuk menjana tenaga elektrik di rumah masing-masing.

Projek ‘kuasa buang air kecil’ pertama kali diuji secara terbuka di Festival Glanstonbury dua tahun lepas, apabila para saintis berjaya membuktikan tandas mampu menjana aliran elektrik yang stabil.

Sehingga kini, kajian yang dilakukan membuktikan ia boleh digunakan bagi menghidupkan telefon, mentol lampu dan robot.

Pengarah Bristol Bioenergy Centre, Dr. Loannis Leropoulos memaklumkan aliran air kencing daripada seseorang individu yang membuang air kecil dalam tempoh lima hari semasa festival itu berlangsung membolehkan pihaknya menjana tenaga elektrik 300 watt-sejam.

“Untuk memberikan gambaran, saya boleh menghidupkan satu mentol lampu satu watt selama 300 jam atau 10 mentol selama 30 jam.

“Ciptaan itu berpandukan sel bahan api mikrob, dimana blok seperti beteri itu dipenuhi dengan koloni makhluk hidup kecil yang dikenali sebagai mikrob.

“Mikrob akan memakan bahan organik yang terdiri daripada rumput dan keratan kuku untuk membesar. Mikrob akan memecahkan bahan itu kepada bahagian kimia apabila ia membiak, tenaga elektrik akan dijana serta air sisa bersih yang ditapis boleh digunakan sebagai baja,” jelasnya.

Selain itu, teknologi ini dibangunkan apabila pakar penyelidik dan pasukannya membina robot yang boleh memakan lalat mati.

Apabila ianya membuktikan sisa organik boleh menghidupkan bateri robot, pasukan itu mengubah sumber tenaga tersebut kepada najis manusia. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR