Nahas pesawat di Cameroon ragut semua nyawa penumpang

May 13, 2022 · Dunia

Tiada mangsa terselamat ditemui selepas sebuah pesawat kecil yang membawa 11 orang terhempas di hutan di wilayah Pusat Cameroon pada Rabu, lapor Xinhua, memetik media rasmi CRTV.

Menurut pegawai Akbert Nagan dari Sanaga di wilayah tengah, tiada mangsa terselamat ditemui di bahagian Bibey, ciap CRTV di Twitter petang Khamis, menurut laporan Bernama.

Pesawat dengan 9 penumpang dan 2 anak kapal itu dalam perjalanan dari ibu kota Yaounde ke stesen pam di Dompta di wilayah Utara negara itu, apabila ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara, menurut kenyataan media Syarikat Pengangkutan Minyak Cameroon.

Mangsa adalah pekerja syarikat minyak yang menyelenggara saluran paip hidrokarbon antara Cameroon dan Chad yang berjiran.

Media tempatan mengaitkan punca nahas itu berpunca daripada puting beliung.

Berita berkaitan
Kematian jurulatih penerbangan berpunca cedera di tengkuk, dada
August 2, 2022· Isu semasa
Pesawat kargo Ukraine terhempas di Greece
July 17, 2022· Dunia
Nahas jet Hawk, TUDM tubuh jawatankuasa siasat punca
November 17, 2021· Isu semasa
Malaysia bincang isu ceroboh ruang udara dalam mesyuarat khas ASEAN-China
June 5, 2021· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok