Myanmar mula beri rakyatnya vaksin Sinopharm keluaran sendiri

May 7, 2022 · Dunia

Myanmar mula memberikan suntikan vaksin Covid-19 keluaran tempatan kepada rakyatnya, menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Khamis.

Hospital Zeb Dire di Nay Pyi Taw dipilih menjadi perintis program inokulasi membabitkan vaksin Sinopharm keluaran tempatan, atau dikenali vaksin Myancopharm, lapor Bernama.

Menurut kementerian itu pihaknya menerima sejumlah satu juta dos vaksin Myancopharm daripada Kementerian Perindustrian pada 29 dan 30 April, dan memulakan program vaksinasi kepada golongan disasarkan.

Melalui kolaborasi dengan Sinopharm, syarikat farmaseutikal di Myanmar membuat pengisian dan menyiapkan vaksin Covid-19 jenis Myancopharm sejak 23 Mac, dengan kapasiti awal sebanyak 10 juta dos.

Data kementerian berkenaan menunjukkan, setakat 30 April, sebanyak 91.9 peratus penduduk Myanmar berumur 18 tahun dan ke atas telah divaksin, manakala sebilangan besar bekalan vaksin tersebut adalah diimport atau didermakan China, yang banyak membantu negara itu mengekang wabak.

Berita berkaitan
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Prestasi ekonomi negara tahun lepas terbaik di Asia Tenggara, kata BNM
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Wanita tak perlu ada mahram untuk umrah, haji
October 12, 2022
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok