Muzium London pulangkan artifak Afrika yang dirampas

August 8, 2022 · Dunia

Sebuah muzium terkemuka di United Kingdom (UK) pada Ahad mengumumkan bahawa pihaknya merancang untuk memulangkan 72 artifak Afrika yang dirampas ketika zaman penjajahan Empayar British.

Muzium Horniman di selatan London bersetuju untuk mengembalikan artifak terkenal, termasuk beberapa gangsa Benin, kepada kerajaan Nigeria selepas menerima permintaan daripada Suruhanjaya Kebangsaan bagi Muzium dan Monumen (NCMM) negara itu, lapor Agensi Anadolu menurut Bernama.

“Terdapat bukti yang sangat jelas, bahawa objek ini diperoleh melalui kekerasan, dan rundingan luar menyokong pandangan kami bahawa adalah bermoral dan wajar untuk mengembalikan pemilikan mereka kepada Nigeria.

“Horniman berbesar hati dapat mengambil langkah ini dan kami berharap dapat bekerjasama dengan NCMM untuk mendapatkan penjagaan jangka panjang bagi artifak berharga ini,” kata pengerusi pemegang amanah muzium itu, Eve Salomon dalam satu kenyataan media.

Artifak berkenaan telah dialih secara paksa dari penempatan purba Bandar Benin di Nigeria oleh penjajah British selepas pencerobohan tentera pada 1897.

Koleksi itu termasuk 12 plak tembaga, yang dikenali sebagai gangsa Benin, sekeping mezbah berbentuk ayam jantan tembaga, gading dan objek upacara sembahan, loceng tembaga, barangan harian seperti kipas dan bakul, dan kunci “istana raja”.

“Kami sangat mengalu-alukan keputusan yang dibuat oleh Pemegang Amanah Muzium dan Taman Horniman.

“Selepas pengesahan Suruhanjaya Amal, kami menantikan perbincangan yang produktif mengenai perjanjian pinjaman dan kerjasama antara Suruhanjaya Kebangsaan bagi Muzium dan Monumen serta Horniman,” kata ketua pengarah NMM, Abba Tijani.

Muzium London menerima permintaan daripada NMM pada Januari tahun ini dan menjalankan analisis menyeluruh terhadap objek bagi memastikan artifak yang memenuhi permintaan suruhanjaya itu.

Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok