Muncung pesawat ke bawah, menjunam pada 29,000 kaki bingungkan pakar

March 22, 2022 · Dunia

Pesawat penumpang China Eastern Airlines Corp MU5735, melakukan penerbangan normal apabila tiba-tiba muncungnya ke bawah pada ketinggian 29,000 kaki, dan mula menjunam.

Itu sedikit maklumat berhubung nahas luar biasa yang membunuh semua 123 penumpang dan anak kapal dalam kemalangan udara paling buruk di China dalam tempoh lebih sedekad.

Walaupun terdapat kemalangan di mana pesawat jatuh dari ketinggian penerbangan, sedikit, jika ada, bertepatan dengan kejadian pesawat Boeing 737-800 itu ketika ia menghala muncungnya ke arah permukaan bumi.

“Ia adalah profil yang ganjil. Sukar untuk didapati sebuah pesawat penumpang melakukan sedemikian,” kata John Cox, seorang perunding keselamatan penerbangan dan bekas juruterbang 737.

Tatkala penyiasat berusaha mencari dua perakam kalis nahas pesawat dan mula meneliti petunjuk, mereka juga cuba mencari sebab mengapa pesawat itu menjunam mendadak dan teruk, sekali gus membezakannya daripada nahas sebelumnya.

Penyiasat akan meneliti keadaan cuaca yang ditempuh pesawat itu, selain mencari petunjuk sama ada juruterbang membuat sebarang panggilan kecemasan, atau kerosakan selain profil anak kapal.

Penerbangan MU5735 terbang pada ketinggian 29,000 kaki kira-kira 100 batu dari destinasinya Guangzhou dari Kunming sebelum terhempas di wilayah Guangxi di selatan China, semalam.

Mencapai titik di mana juruterbang akan mula turun untuk mendarat ia tiba-tiba menjunam lebih 30,000 kaki seminit dalam beberapa saat sahaja, menurut data ditunjukkan Flightradar24.

Keseluruhannya pesawat itu menjunam 26,000 kaki dalam kira-kira 1 minit 35 saat, menurut data itu.

Klip video yang muncul di laman sosial menunjukkan saat akhir pesawat itu ketika menjunam laju dengan muncung ke bawah sebelum kawasan rempuhan berkepul dengan asap.

Saluran media China, The Paper mengatakan mereka telah mengesahkan klip video itu dirakam seorang kakitangan sebuah syarikat perlombongan berhampiran tempat kejadian, namun kesahihannya tidak dapat disahkan secara bebas.

Juruterbang kemungkinan besar sengaja menjatuhkan pesawat itu, kata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB). Sistem perakam kokpit dan data penerbangan pesawat telah ditutup secara misteri dan maklumat terperinci tentang trajektori junaman tidak tersedia.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan tentang apa yang membawa kepada nahas China Eastern, kata Benjamin Berman, bekas penyiasat NTSB yang juga juruterbang 737.

Ada kemungkinan ianya dicetuskan oleh banyak senario seperti kerosakan, kesilapan juruterbang atau beberapa kombinasi yang membawa kepada pesawat itu menjunam, kata Berman.

Namun, Boeing 737-800 seperti pesawat penumpang yang lain, direka untuk tidak menjunam pada sudut yang curam sebagaimana dilihat dalam klip video berkenaan, katanya.

“Ini bermakna ia mungkin memerlukan usaha yang ekstrem oleh juruterbang atau kerosakan yang sangat luar biasa,” katanya.

Banyak perkara boleh menyebabkan sekurang-kurangnya permulaan pesawat menjunam – daripada juruterbang mengalami serangan jantung dan badannya terhempas ke atas panel kawalan, kepada kegagalan peralatan yang digunakan untuk membantu menaikkan atau menurunkan muncung pesawat itu.

“Anda memerlukan sesuatu untuk menahan muncungnya ke bawah,” kata Berman lagi. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok