MP gesa PM Britain letak jawatan

January 17, 2022 · Dunia

Pemimpin pembangkang Britain pada Ahad menuduh Perdana Menteri Boris Johnson melanggar undang-undang, manakala pengerusi bersama parti Konservatif menyokongnya untuk kekal memegang jawatan.

Dalam perkembangan terbaharu “partygate”, isteri Johnson, Carrie disiarkan di muka depan akhbar Sunday Telegraph memeluk seorang rakan pada pesta September 2020, yang jelas melanggar peraturan penjarakan sosial pada masa itu.

Sekurang-kurangnya enam Ahli Parlimen (MP) dalam parti Konservatif Johnson kini secara terbuka menggesa beliau meletak jawatan, manakala yang lain berkata mereka sedang menunggu hasil siasatan dalaman oleh penjawat awam kanan Sue Gray.

Pemimpin Buruh Keir Starmer berkata faktanya sudah jelas.

“Saya fikir dia melanggar undang-undang. Saya fikir sebaiknya dia mengakui melanggar undang-undang,” kata Starmer kepada stesen televisyen BBC.

Gray hanya mempunyai kuasa untuk membuktikan fakta, katanya sambil menggesa polis untuk meneliti kemungkinan siasatan jenayah sebaik laporannya dikeluarkan.

“Perdana Menteri telah merendahkan jawatan itu dan beliau telah kehilangan kuasa penuh bukan sahaja dalam partinya sendiri, tetapi dalam negara,” kata Starmer.

Satu tinjauan pendapat menunjukkan Parti Buruh mendapat sokongan terbesar sejak 2013, dengan 41 peratus undian berbanding 31 peratus bagi Konservatif. Tinjauan dalam talian itu dilakukan Opinium terhadap 2,005 respondan pada 12 hingga 14 Januari 2022.

Menteri kanan Oliver Dowden, pengerusi bersama Konservatif, mengakui bahawa acara di Downing Street itu “sama sekali tidak boleh diterima”.

Tetapi Dowden menyokong Johnson untuk kekal di pejabat, sambil menegaskan beliau akan mengambil “tanggungjawab penuh” sebaik sahaja Gray mengeluarkan hasil siasatannya.

MP Konservatif, yang kebanyakannya menghabiskan hujung minggu di kawasan mereka, berkata mereka dibanjiri dengan mesej daripada pengundi yang marah dengan pelanggaran peraturan di Downing Street.

Selepas beberapa minggu membuat penafian, Johnson minggu ini meminta maaf di Parlimen atas sekurang-kurangnya satu acara yang dianjurkan kakitangan dan dihadirinya pada Mei 2020, apabila warga Britain dilarang bersosial.

Dua parti lain telah diadakan pada April 2021 ketika Ratu Elizabeth bersedia untuk mengebumikan Putera Philip, suaminya yang berusia 73 tahun. Downing Street menghantar permohonan maaf kepada Istana Buckingham, menyebut mereka “sangat kesal”.

Tetapi itu bukanlah peristiwa terpencil, menurut Daily Mirror pada Sabtu yang menyiarkan gambar peti sejuk dihantar ke pintu belakang Downing Street pada Disember 2020 untuk “Wine time Fridays”. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok