Moscow tukar tahanan bekas askin Marin AS dengan juruterbang Rusia

Rusia dan Amerika Syarikat bertukar tahanan pada Rabu walaupun sedang berdepan ketegangan dalam pergolakan dengan Ukraine.

Moscow menyerahkan bekas askar Marin yang ditahan sebagai pertukaran untuk juruterbang Rusia yang disabitkan dengan penyeludupan dadah.

Trevor Reed, 30, dari Texas dipenjarakan di Rusia pada 2020, ditukar dengan Konstantin Yaroshenko, 53, yang sudah menjalani hukuman penjara 20 tahun di Amerika sejak 2011.

Dalam rakaman ditayangkan di saluran rasmi televisyen Rusia, Yaroshenko muncul dari pesawat AS ke lapangan terbang dengan memakai baju-T dan ditemani dua lelaki dalam sut gelap.

Serentak dengan itu, Reed muncul dari kapal terbang berasingan dengan seorang pengawal membawa beg.

Kedua-dua lelaki itu berjalan melepasi satu sama lain, masing-masing menaiki kapal terbang berlainan.

Jurucakap kementerian luar Rusia Maria Zakharova berkata pertukaran itu dilakukan pada Rabu selepas “proses rundingan yang panjang”.

Televisyen negara memaparkan rakaman Reed bercakap dengan pengawal dalam bahasa Rusia ketika meninggalkan penjaranya dan diiring memasuki pesawat di lapangan terbang Vnukovo Moscow oleh beberapa individu berpakaian seragam tentera.

BERITA BERKAIT
POPULAR