Moscow kenakan larangan perjalanan ke atas Naib Presiden AS, Zuckerberg

April 22, 2022 · Dunia

Kremlin pada Khamis (21 April) mengenakan larangan perjalanan ke atas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris, Ketua Facebook Mark Zuckerberg dan berpuluh-puluh rakyat AS dan Kanada, sebagai tindakan balas terhadap sekatan yang dikenakan ke atas Moscow dan individu tenama Russia.

Kementerian Luar Russia berkata sekatan perjalanan ke atas 29 warga AS dan 61 warga Kanada – yang juga termasuk pegawai pertahanan, pemimpin perniagaan dan wartawan dari kedua-dua negara – akan kekal berkuat kuasa selama-lamanya.

Senarai individu AS yang dikenakan larangan, termasuk penyampai televisyen ABC News George Stephanopoulos; kolumnis Washington Post, David Ignatius; dan editor laman berita Meduza, Kevin Rothrock.

Pegawai pertahanan AS termasuk jurucakap Pentagon John Kirby dan Timbalan Setiausaha Pertahanan Kathleen Hicks, turut dikenakan sekatan.

Senarai warga Kanada pula diketuai oleh Cameron Ahmad, yang berkhidmat sebagai pengarah komunikasi kepada Perdana Menteri Justin Trudeau, dan Komander Pasukan Gerakan Khas Kanada, Steve Boivin.

Kementerian Luar Russia berkata senarai itu terdiri daripada orang yang bertanggungjawab ke atas dasar “Russophobic” kedua-dua negara.

Russia sebelum ini telah mengharamkan Facebook dan Instagram, yang merupakan sebahagian daripada empayar Meta Zuckerberg, menggelar mereka sebagai organisasi “pelampau”. – Agensi

Berita berkaitan
Nazri akui dipilih jadi duta semasa pentadbiran Ismail Sabri, ada jumpa Anwar bincang
February 14, 2023· Isu semasa
Lantikan duta bukan untuk kitar semula ahli politik, MP PKR bidas lantikan Nazri
February 12, 2023· Politik
Pertumbuhan KDNK mungkin lepas anggaran rasmi: Tengku Zafrul
September 12, 2022· Isu semasa
Ahli perniagaan Malaysia terlibat rasuah di Amerika larikan diri
September 6, 2022· Isu semasa
Popular
Suri rumah mengaku zina kena 100 sebatan, pasangan hanya 15 kali
January 14, 2022
Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri
November 3, 2021
Mahkamah Indonesia tolak permohonan halalkan ganja perubatan
July 20, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok