Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok

May 18, 2023 · Dunia

Montana menjadi negeri pertama AS mengharamkan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunkan China, apabila gabenor Republikan Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Untuk melindungi data peribadi penduduk Montana daripada Parti Komunis China, saya telah mengharamkan TikTok di Montana,” ciap Gianforte selepas menandatangani rang undang-undang itu, menurut laporan Bernama.

Peraturan baharu itu melarang gedung aplikasi App Store daripada menawarkan aplikasi perkongsian video itu mulai 1 Jan 2024 selain dan menghalang TikTok daripada beroperasi sebagai perniagaan di negeri berkenaan.

Selagi platform media sosial itu masih tersedia, penyedia aplikasi perlu membayar denda US$10,000 setiap hari.

Pengguna bagaimanapun tidak akan didenda dan mereka yang sudah mempunyai aplikasi itu pada peranti mereka tidak terjejas.

TikTok masih belum memberi maklum balas terhadap perubahan undang-undang itu. Namun tindakan undang-undang yang mencabar larangan berdasarkan hak kebebasan bersuara, mungkin difailkan.

Dimiliki oleh syarikat China ByteDance, TikTok telah pun diharamkan pada peranti milik kerajaan di Kanada, Australia, New Zealand, Britain dan AS, di tengah-tengah kebimbangan akan keselamatan siber.

Aplikasi itu mempunyai lebih daripada satu bilion pengguna di seluruh dunia dan digunakan secara meluas di AS dan Eropah, mencetuskan kebimbangan bahawa pihak berkuasa China dan agensi risikan mungkin menggunakan aplikasi itu untuk mengumpul maklumat daripada pengguna atau menyebarkan pengaruh. Syarikat itu menafikan dakwaan sedemikian.

Berita berkaitan
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Ringgit ditutup rendah lagi, paras RM4.60
May 30, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, tak mustahil cecah RM4.70 berbanding dolar
May 26, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok