Molnupiravir: Merck ikat perjanjian pembekalan dengan Singapura

October 7, 2021 · Dunia

Merck & Co., Inc yang mengembangkan ubat antivirus Covid-19, Molnupiravir, mengumumkan perjanjian dengan Singapura untuk menyediakan ubat itu sebaik sahaja penggunaannya diluluskan.

Molnupiravir dirancang untuk memasukkan kesalahan ke dalam kod genetik virus dan akan menjadi ubat antivirus oral pertama untuk Covid-19.

Merck telah memohon kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk penggunaan pil tersebut.

Pil itu diciptakan di Drug Innovations di Emory (DRIVE), LLC, sebuah syarikat bioteknologi bukan berasaskan keuntungan yang dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Emory di Atlanta, AS, dan sedang dikembangkan oleh Merck & Co., Inc. dengan kerjasama Ridgeback Biotherapeutics.

Pengarah Urusan Merck Singapura dan Malaysia, Pang Lai Li menyifatkan perjanjian itu sebagai satu lagi contoh bagaimana Singapura melihat ke hadapan dalam pengurusan pandemik dan komitmen kerajaan untuk melabur dalam perubatan inovatif dan vaksin dalam memerangi Covid-19.

Australia juga telah membeli pil Merck itu, sementara Thailand, Korea Selatan, Taiwan dan Malaysia masih berbincang untuk membelinya. Kerajaan Filipina pula berharap percubaan ke atas pil berkenaan membolehkannya dibawa masuk ke negara itu.

Langkah tergesa-gesa memesan ubat itu muncul setelah data daripada percubaan klinikal yang dikeluarkan Jumaat lalu menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan sekitar 50 peratus kemasukan ke hospital atau kematian bagi pesakit yang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

Singapura melaporkan 3,577 kes baharu semalam, ketika negara itu sedang berdepan penularan yang meluas sekarang ini. Negara itu juga telah memberi suntikan vaksin kepada 80 peratus daripada penduduknya.

Ketika negara itu berusaha melaksanakan suntikan dos penggalak, beberapa klinik swasta di Singapura dilihat menambah permintaan untuk vaksin Sinovac dan Sinopharm, di tengah-tengah ketakutan penduduk mengenai kesan sampingan dos penggalak daripada vaksin mRNA, lapor Straits Times.

Setakat ini pakar masih mengkaji kemungkinan mencampurkan vaksin untuk dos penggalak. – Agensi

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
19 jam lalu· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
9 minit lalu · Dunia
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
12 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
15 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
19 jam lalu · Dunia
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
19 jam lalu · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok