Mogok: Perkhidmatan kereta api Britain hampir lumpuh

June 26, 2022 · Dunia

Sistem perkhidmatan kereta api Britain sekali lagi terhenti pada Sabtu (25 Jun) sementara penerbangan di Eropah terganggu susulan tindakan pekerja melancarkan mogok kerana tidak berpuas hati dengan gaji yang diperoleh.

Berpuluh-puluh ribu pekerja kereta api di UK melancarkan mogok terbaharu sepanjang hari berhubung gaji dan jaminan pekerjaan, menghalang rancangan orang ramai pada hujung minggu setelah berdepan mogok serupa pada Selasa dan Khamis.

Hanya kira-kira satu perlima daripada perkhidmatan ditetapkan untuk beroperasi, dengan perkhidmatan tersebut bermula lebih lewat pada waktu pagi daripada biasa dan ditetapkan untuk tamat seawal jam 6.30 petang.

Kesatuan kereta api (RMT) menegaskan tindakan minggu ini adalah perlu kerana gaji yang diberikan telah gagal menampung pekerja seiring dengan inflasi di United Kingdom (UK), yang telah mencecah paras tertinggi sejak 40 tahun dan berada di landasan untuk terus meningkat.

Setiausaha Agung RMT, Mick Lynch berkata, ahlinya tetap mempertahankan langkah untuk meminta kenaikan gaji dan jaminan pekerjaan.

“Dalam ekonomi moden, pekerja perlu diberi ganjaran yang sewajarnya untuk kerja mereka, menikmati keadaan yang baik dan mempunyai ketenangan fikiran bahawa pekerjaan mereka tidak akan diambil daripada mereka,” tambahnya.

Ketua Eksekutif Network Rail Andrew Haines berkata: “Amat malang apabila keputusan RMT untuk melaksanakan satu lagi mogok pramatang tidak perlu sehingga menjejaskan orang ramai pada Sabtu.”

“Sebahagian kecil kereta api akan beroperasi berbanding perkhidmatan biasa pada Sabtu, dengan tren bermula lewat pada waktu pagi dan berakhir lebih awal pada waktu petang.”

Britain, seperti kebanyakan negara Eropah, mengalami inflasi yang mencanak dan pertumbuhan ekonomi yang tidak stabil, meningkatkan prospek mogok musim panas di seluruh benua.

Kakitangan dari syarikat penerbangan tambang murah Ireland, Ryanair melancarkan mogok di Sepanyol, Itali, Perancis, Portugal dan Belgium pada Sabtu, memaksa pembatalan dua penerbangan antara Lisbon dan Brussels.

Di Belgium, pemberhentian itu bermakna hanya 41 peratus penerbangan Ryanair meninggalkan lapangan terbang Charleroi dekat Brussels pada Sabtu dan secara keseluruhan syarikat penerbangan tambang murah itu terpaksa membatalkan 127 penerbangan antara Jumaat dan Ahad, kata seorang jurucakap lapangan terbang.

Situasi di Belgium bertambah rumit dengan mogok tiga hari oleh kakitangan Brussels Airlines yang berakhir Sabtu yang telah memaksa syarikat penerbangan dimiliki oleh gergasi Jerman Lufthansa itu membatalkan 60 peratus – atau kira-kira 300 – penerbangannya sejak Khamis. – Agensi

Berita berkaitan
Rusia kemaskini senarai nama sekatan, bekas PM Britain disenarai hitam
August 2, 2022· Dunia
PM baharu UK diumum pada September selepas Boris letak jawatan
July 12, 2022· Dunia
Syarikat penerbangan dinasihati tak kenakan harga tiket mahal
April 17, 2022· Isu semasa
2,000 lebih kematian Covid-19 direkodkan di Britain dalam seminggu
April 16, 2022· Dunia
Popular
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022
Puluhan pendatang haram Yahudi ceroboh Masjid Al-Aqsa
May 24, 2021
Sinopharm akhirnya terbitkan data ujian vaksin Covid-19
May 28, 2021
Polis jumpa mayat dua budak dalam beg dibeli ketika acara lelongan
August 18, 2022
Lagi Dunia terkini
Polis jumpa mayat dua budak dalam beg dibeli ketika acara lelongan
8 jam lalu · Dunia
Serangan bom, pembakaran di 17 tempat gegar Selatan Thailand
August 17, 2022 · Dunia
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022 · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022 · Dunia
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok