Moderna lulus vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak, remaja

October 28, 2021 · Dunia

Ketua Pegawai Eksekutif Moderna Inc., Staphane Bancel memaklumkan dalam tempoh lebih kurang seminggu, kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat (AS) sudah boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Dalam dialog dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS, beliau percaya vaksin Moderna akan diberi kelulusan untuk disuntik kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam beberapa minggu lagi.

Jelasnya, syarikat itu juga merancang memohon kepada pengawal selia AS bagi menggunakan vaksin keluarannya kepada kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun secepat mungkin dan berharap kumpulan usia kanak-kanak itu akan mula menerima vaksin Moderna sebelum akhir tahun ini.

“Ada kemungkinan bahawa sepanjang Krismas ini, kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun akan mendapat akses kepada vaksin Moderna,” kata Bancel kepada Reuters.

Moderna menjangkakan akan menerbitkan data hasil kajian terhadap kanak-kanak seawal usia enam bulan hingga enam tahun hujung tahun ini atau awal 2022.

Sebelum ini, pada Jun lalu, Moderna memohon kebenaran FDA untuk memberi suntikan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Syarikat itu juga sudah mengeluarkan data positif daripada ujian klinikal kanak-kanak berusia enam hingga 11 tahun minggu ini, namun belum mengemukakan permohonan kepada FDA.

Walaupun jumlah kanak-kanak mendapat jangkitan kritikal atau meninggal dunia akibat Covid-19 agak jarang berlaku berbanding individu dewasa, namun jumlah jangkitan terhadap golongan umur itu yang tidak divaksinasi meningkat disebabkan penularan varian Delta.

Semalam, panel penasihat FDA menyokong penggunaan suntikan vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berusia lima dan 11 tahun, tetapi ianya masih memerlukan kelulusan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

FDA yang menganjurkan perbincangan itu dijangka memberi lampu hijau tidak lama lagi, sekali gus membuka jalan kepada 28 juta kanak-kanak AS layak menerima suntikan itu menjelang pertengahan November ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok