Minyak masak ganti mas kahwin

February 23, 2022 · Dunia

Pepatah jenaka mengatakan ‘jalan ke hati lelaki adalah melalui perutnya’. Dikatakan bermaksud bahawa seorang wanita boleh membuat lelaki mencintainya dengan memasaknya makanan yang sedap.

Adakah ini bermakna kunci kepada hati wanita adalah menyediakan minyak masak, tatkala bekalan bahan itu mengalami kekurangan di Indonesia?

Namun, mungkin itulah yang berlaku kepada lelaki ini, yang mas kahwin untuk pengantin perempuannya telah menjadi gambaran tepat tentang kekurangan minyak masak di negara itu pada awal 2022.

Supadi, 60, dan Sumariati, 54, dari daerah Sooko di Ponorogo, Jawa Timur, mengikat tali perkahwinan pada 2/22/2022, dalam satu majlis sederhana di Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA).

Tetapi pasangan pengantin baharu itu menjadi popular setelah klip video berdurasi 15 minit muncul dalam talian – segala-galanya disebabkan mas kahwin Supadi untuk Sumariati iaitu satu liter minyak masak dalam plastik.

“Falsafah pengantin lelaki di sebalik mas kahwin itu adalah mudah. Dia berkata minyak masak kini sukar diperoleh dan mahal. Oleh itu ia lebih berharga untuk keluarga,” kata Ketua KUA Sooko, Meki Hasan Tachtarudin selepas majlis perkahwinan itu.

Selain minyak masak, Supadi turut memberikan satu juta rupiah (AS$69.64) secara tunai kepada Sumariati.

“Kebetulan pasangan ini terdiri daripada seorang duda dan seorang balu, yang pasangan masing-masing meninggal dunia,” kata Meki.

Indonesia, pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, ironisnya berada di tengah-tengah kekurangan minyak masak.

Harga runcit bagi apa yang kini dilihat sebagai emas cair telah meningkat hampir dua kali ganda dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dan rakyat Indonesia telah bergegas untuk mendapatkan minyak masak subsidi kerajaan apabila ia hilang dari pasar tradisional dan pasar raya.

Penggunaan domestik yang semakin meningkat dan harga minyak sawit yang melambung tinggi berkemungkinan menjadi punca utama krisis, tetapi polis Indonesia juga bertindak membanteras dakwaan simpanan minyak masak yang bertujuan untuk memanipulasi pasaran dan menjual produk itu kemudian pada kos yang lebih tinggi. – Agensi

Berita berkaitan
Menteri tetap kata harga barang asas tidak naik
May 22, 2023· Isu semasa
Gempa bumi di Selat Sunda, Indonesia
May 10, 2023· Dunia
Barat Indonesia dilanda gempa bumi kuat
April 25, 2023· Dunia
Gempa bumi kuat di Indonesia turut sampai ke Malaysia
April 4, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok