
Pesawat Malaysia Airlines, MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 ditambak jatuh, ketika melalui ruang angkasa Ukraine. - Gambar Reuters
Mahkamah Belanda yang mengendalikan perbicaraan empat suspek yang dituduh terlibat menambak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 2014 berkata hari ini ia akan memutuskan keputusannya pada 17 November depan.
Pendakwa raya berkata, seorang dari Ukraine dan tiga defendan Russia, yang semuanya masih bebas, membantu membekalkan sistem peluru berpandu yang digunakan oleh kumpulan pemisah disokong Moscow untuk menembak roket ke arah pesawat itu pada 17 Julai 2014.
Kesemua 298 orang di dalam pesawat itu terbunuh.
Pihak pendakwaan sedang menuntut hukuman penjara seumur hidup untuk semua suspek.
Suspek yang dituduh ialah bekas pegawai Agensi Perisikan Tentera Russia (Spetznaz-GRU) Oleg Pulatov; bekas kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) Igor Girkin; bekas pegawai Agensi Perisikan Tentera agensi Tentera Russia (GRU) Sergei Dubinskiy; dan Leonid Kharchenko dari Ukraine.
Boeing 777 itu sedang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di wilayah Donetsk yang dikuasai pemberontak oleh apa yang dikatakan penyiasat antarabangsa sebagai peluru berpandu darat ke udara buatan Russia.
Wilayah timur itu juga telah menjadi tumpuan utama perang hampir enam bulan Russia di Ukraine.
Kebanyakan mangsa dalam pesawat MH17 adalah warga Belanda.
Kerajaan Belanda meminta Russia bertanggungjawab dalam kejadian itu, tetapi Moscow menafikan sebarang penglibatan.
Kes MH17 merenggangkan hubungan diplomatik Belanda dengan Moscow, walaupun sebelum pencerobohan Russia ke atas Ukraine yang bermula pada 24 Februari lalu. – Reuters