Meteor luar biasa terangi malam Norway

July 28, 2021 · Dunia

Penduduk Norway dikejutkan dengan sebutir meteor yang menerangi langit malam di tenggara negara itu, tiga hari lalu.

Pakar Norway memaklumkan meteor yang luar biasa besar itu dapat dilihat di sebahagian besar selatan Scandinavia dan menerangi tenggara Norway dengan kilauan cahaya yang terang selama beberapa saat, selain ramai yang mendakwa turut mendengar bunyi yang kuat.

Agensi Meteor Norway yang menilai dan mengkaji beberapa rakaman video dalam kejadian Ahad lalu berkata meteor itu pertama kali muncul kira-kira 90 kilometer di utara Oslo dan bergerak ke arah barat daya sebelum pecah dan menghasilkan kilauan cahaya.

“Meteor itu muncul jam 1.08 pagi Ahad dan dapat dilihat kira-kira lima saat,” kata agensi itu yang turut memuat naik video meteor berkenaan di laman Twitter mereka.

Bergerak dengan kelajuan kira-kira 36,500 batu sejam, meteor itu boleh dilihat di sebahagian selatan Scandinavia, kata agensi itu.

Polis Norway memaklumkan mereka menerima beberapa panggilan kecemasan tetapi tiada laporan kecederaan atau kerosakan berikutan fenomena itu.

Fenomena meteor terbakar ketika memasuki atmosfera bumi dengan kelajuan tinggi bukan perkara biasa di Norway dan agensi berkenaan mempunyai beberapa kamera yang memantau kejadian di langit.

Data awal menunjukkan bahawa meteorit mungkin jatuh di kawasan hutan tebal, Finnemarka, tidak jauh dari Oslo. Susulan itu sepasukan pakar sedang menjalankan siasatan di kawasan hutan berkenaan. – Agensi

Berita berkaitan
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Pihak berkuasa Norway tahan warga Malaysia disyaki mengintip
September 12, 2023· Isu semasa
Menteri letak jawatan, hubungan sulit dengan wanita muda terbongkar
April 9, 2022· Dunia
Omicron: Indonesia larang pelancong Britain, Norway, Denmark masuk
December 21, 2021· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok