Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin

June 15, 2021 · Dunia

Mahkamah tertinggi Mesir hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap 12 ahli Ikhwanul Muslimin yang dituduh terbabit dalam rusuhan besar-besaran sehingga mengorbankan nyawa pada 2013.

Keputusan itu yang tidak boleh lagi dirayu bermakna 12 tertuduh kini berdepan pelaksanaan hukuman mati namun bergantung kepada kelulusan Presiden Abdel Fattah el-Sisi.

Mereka yang dihukum mati termasuk Abdul Rahman Al-Bar yang dianggap sebagai mufti bagi kumpulan itu, bekas Ahli Parlimen Mohamed El-Beltagi dan bekas menteri, Osama Yassin.

Ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin sebelum ini dijatuhkan hukuman mati susulan rusuhan yang menyaksikan tentera pimpinan el-Sisi merampas kuasa daripada Presiden yang dilantik secara demokrasi, Mohamed Morsi pada 2013 lalu.

Berikutan pemecatan Morsi pada Julai 2013 di tengah-tengah tunjuk perasaan besar-besaran terhadap pemerintahannya, penyokong Ikhwanul Muslimin mengadakan demonstrasi besar-besaran di Dataran Rabaa Al-Adawiya di timur Kaherah untuk menuntut beliau diberikan semula kuasa

Pada bulan berikutnya pasukan keselamatan di bawah pimpinan el-Sisi menyerbu dataran itu menyebabkan sekurang-kurangnya 800 orang terbunuh dalam tempoh sehari sahaja.

Pihak berkuasa mendakwa penunjuk perasaan ketika itu bersenjata dan tindakan serta langkah mencegah ‘pengganas’ diambil.

Tindakan di dataran itu menandakan permulaan gerakan besar-besaran pentadbiran rejim el-Sisi menangkap ribuan pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin di seluruh Mesir.

Beberapa pemimpin kanan pertubuhan itu bagaimanapun sempat melarikan diri dan mendapatkan perlindungan di negara Arab lain termasuk Arab Saudi dan Qatar.

“Mereka yang dihukum mati pada Isnin disabitkan atas tuduhan ‘membekal senjata kepada kumpulan penjenayah yang menyerang penduduk dan menentang polis serta memiliki senjata api … peluru … dan bahan membuat bom,” kata mahkamah dalam keputusannya.

Pertuduhan lain termasuk membunuh anggota polis, menentang pihak berkuasa dan memusnahkan harta benda awam.

Mahkamah bagaimanapun membuat keputusan mengurangkan tempoh hukuman penjara terhadap 13 lahi anggota Ikhwanul Muslimin. – Agensi

Berita berkaitan
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Kes saman RM150 juta Dr Mahathir: Anwar mohon lanjutan fail pembelaan lagi
May 31, 2023· Politik
Jana Wibawa : Wan Saiful mohon batal pertuduhan mahkamah
May 31, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok