Merck kata pil Covid-19 kurangkan kematian, kemasukan ke hospital

October 2, 2021 · Dunia

Pengeluar ubat Amerika Syarikat (AS) Merck pada Jumaat melaporkan pil keluarannya yang diuji terhadap pesakit Covid-19 mampu mengurangkan separuh daripada jumlah kemasukan ke hospital dan kematian.

Sekiranya diluluskan pengawal ubat-ubatan, ia akan menjadi pil pertama bagi merawat Covid-19, menambahkan senjata baharu yang mudah digunakan, termasuk vaksin, dalam memerangi penularan wabak itu.

Syarikat itu berkata mereka akan meminta pihak berkuasa kesihatan di AS dan seluruh dunia untuk memberi kebenaran kepada penggunaan pil berkenaan. Keputusan daripada Pentadbir Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS bakal dibuat beberapa minggu selepas menerima permohonan itu.

Semua rawatan Covid-19 lain yang kini dibenarkan di AS memerlukan IV atau suntikan. Sebaliknya, pil yang diambil di rumah akan meredakan tekanan di hospital dan dapat membantu mengatasi penularan di negara yang lebih miskin dan terpencil.

“Ini akan membolehkan kita merawat lebih ramai orang dengan cepat dan, kita percaya, lebih murah,” kata Dr William Schaffner pakar penyakit berjanjikit dari Universiti Vanderbilt, yang tidak terbabit dalam penyelidikan itu.

Merck dan rakan kongsinya, Ridgeback Biotherapeutics berkata keputusan awal menunjukkan pesakit yang menerima ubat itu – molnupiravir – dalam masa lima hari daripada gejala Covid-19 mempunyai sekitar separuh daripada kadar rawatan di hospital dan kematian.

Kajian itu dilakukan terhadap 775 individu dewasa dengan gejala ringan dan sederhana yang dianggap berisiko tinggi berdepan keadaan lebih teruk disebabkan masalah kesihatan kegemukan, diabetes atau penyakit jantung.

Bagaimanapun, keputusannya belum dikaji oleh pakar luar, prosedur biasa untuk memeriksa penyelidikan perubatan baru.

Walaupun ada berita mengenai rawatan baharu yang berpotensi berkesan, namun pakar perubatan tetap menekankan pentingnya vaksin untuk mengawal pandemik Covid-19, memandangkan ia membantu mencegah penularan dan juga mengurangkan jangkitan teruk.

Penyelaras Covid-19 White House, Jeff Zients berkata vaksinasi kekal sebagai strategi utama kerajaan AS untuk mengawal pandemik.

Pakar penyakit berjangkit terkenal yang menjadi penasihat kerajaan AS, Dr Anthony Fauci ketika mengulas mengenai pil keluaran Merck itu berkata, ia adalah suatu berita baik.

Merck hanya menjalankan kajian terhadap individu yang tidak divaksin. Namun, FDA mungkin membenarkan penggunaannya secara lebih meluas, termasuk kepada individu yang telah menerima vaksin, tetapi tetap dijangkiti Covid-19.

Pakar virologi Andrew Pekosz dari Universiti Johns Hopkins meramalkan vaksin dan ubat antivirus akhirnya akan digunakan bersama untuk melindungi daripada kesan terburuk Covid-19.

“Ini tidak boleh dilihat sebagai pengganti vaksinasi – kedua-duanya harus dilihat sebagai dua strategi yang dapat digunakan bersama untuk mengurangi jangkitan yang teruk,” kata Pekosz. – Agensi

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Jemaah umrah antara 104 kes positif varian Omicron di Thailand
December 23, 2021
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok