Menteri Luar China, delegasi Rusia melawat Afghanistan jumpa Taliban

Menteri Luar China Wang Yi membuat lawatan mengejut satu hari ke Afghanistan dan bersama pegawainya mengadakan perbincangan pemerintah Taliban, disamping menegaskan pendirian negara republik menentang terhadap sekatan antarabangsa yang dikenakan terhadap negara bergolak itu.

Lawatan itu tidak diwar-warkan kepada umum, ia juga kunjungan yang pertama sejak Taliban kembali mengambilalih pemerintahan negara itu pada Ogos lalu.

Sementara itu, kunjungan itu juga berlangsung seminggu sebelum Beijing menjadi tuan rumah kepada negara jiran Afghanistan untuk membincangkan langkah-langkah bagi membantu negara itu menangani krisis kemanusiaan dan pergolakan ekonomi yang semakin teruk.

Menteri Luar Taliban Amir Khan Muttaqi juga akan mewakili Kabul untuk menghadiri mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada 30-31 Mac nanti dan akan memberi taklimat kepada negara peserta mengenai situasi terkini di Afghanistan.

Sejurus ketua diplomat China menamatkan lawatan ke Kabul, delegasi kanan dari Rusia juga tiba di ibu negara Afghanistan yang diketuai Zamir Kabulov selaku wakil Presiden Rusian Vladimir Putin ke Afghanistan.

Rundingan peringkat delegasi antara Muttaqi dan Wang menumpukan terhadap hubungan politik dua hala, ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara, menurut kenyataan Taliban selepas mesyuarat.

Wang dipetik berkata, “China tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Afghanistan malahan tidak mahu melindungi kepentingannya melalui campur tangan sedemikian.”

Diplomat China itu juga menentang langkah sekatan politik dan ekonomi yang dikenakan terhadap Afghanistan, kata kenyataan itu lagi.

China juga berharap Afghanistan akan memenuhi komitmennya untuk tidak membenarkan mana-mana kuasa luar menggunakan wilayahnya sebagai alat untuk menentang negara jiran atau membahayakan keselamatan negara lain, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar China dengan memetik kata-kata Wang semasa pertemuan bersama Timbalan Perdana Taliban Menteri Afghanistan Abdul Ghani Baradar.

Sementara itu, berhubung pertemuan dengan delegasi Rusia, Pejabat Muttaqi berkata pertemuan tersebut tertumpu ke arah usaha pengukuhan politik, ekonomi, transit dan hubungan serantau serta memerangi pengedaran dadah dari Afghanistan.

Moscow juga mengekalkan hubungan rapat dengan Taliban sebelum rampasan kuasa berlaku lagi.

BERITA BERKAIT
POPULAR