Menteri Luar Arab Saudi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dua hari

June 7, 2022 · Dunia

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan menerima kunjungan Putera Faisal bin Farhan sempena lawatan rasmi dua hari Menteri Luar Arab Saudi itu ke Malaysia bermula 7 hingga 8 Jun.

Kedua-dua menteri itu akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi merangka hala tuju hubungan Malaysia-Arab Saudi yang sudah sedia kukuh, menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, lapor Bernama.

Selain itu, kedua-dua pemimpin juga akan turut bertukar-tukar pandangan berkenaan isu serantau dan antarabangsa.

Putera Faisal turut dijadual bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Jun.

Semasa lawatan itu juga Putera Faisal dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri Luar Arab Saudi itu juga akan mengadakan pertemuan secara berasingan bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Malaysia dan Arab Saudi telah lama menjadi rakan kongsi dan kerjasama antara kedua-dua negara terus berkembang dalam pelbagai bidang, termasuk dalam tindak balas Covid-19 dan pemulihan pasca pandemik.

Arab Saudi merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia dan sumber import terbesar dalam kalangan negara Asia Barat. Jumlah dagangan Malaysia-Arab Saudi pada 2021 bernilai RM17.56 bilion (USD4.23 bilion).

Berita berkaitan
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu· Isu semasa
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023· Isu semasa
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
Bekalan mulai stabil selepas kemasukan telur import: Mat Sabu
March 19, 2023· Isu semasa
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok