Menjelang undi tak percaya, PM Kuwait letak jawatan

Perdana Menteri Kuwait, Sabah Al-Khalid Al-Sabah pada Selasa menyerahkan surat peletakan jawatan kerajaannya kepada Putera Mahkota Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, menurut agensi berita KUNA .

Agensi itu, bagaimanapun, tidak memperincikan mengenai sebab peletakan jawatan itu, lapor Agensi Anadolu yang dipetik Bernama.

Seramai 10 Ahli Parlimen telah mengusulkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dan dijadual dibahaskan pada Rabu.

Ahli Parlimen mendakwa perdana menteri ‚Äútidak mematuhi perlembagaan, mengganggu kepentingan rakyat, dan gagal bekerjasama dengan institusi perundangan”.

Sheikh Sabah Al-Khaled membentuk kerajaan sebanyak tiga kali dalam tempoh satu setengah tahun, pada Disember 2020, Mac 2021, dan Disember 2021.

Beliau juga mengemukakan peletakan jawatan kerajaannya sebanyak dua kali iaitu pada Januari 2021 dan November 2021.

BERITA BERKAIT
POPULAR