Menjelang Sukan Olimpik musim sejuk, kes Covid-19 di China meningkat

January 18, 2022 · Dunia

Kurang beberapa minggu menjelang penganjuran Sukan Olimpik musim sejuk, China merekodkan peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini.

Tinggal lagi tiga minggu sebelum bermula acara besar di Beijing, namun kes terbaharu Covid-19 yang direkodkan adalah sebanyak 223 kes baharu, tertinggi sejak wabak itu menular di Wuhan dua tahun lalu.

China, negara yang dikesan muncul virus berkenaan pada penghujung 2019, menetapkan pendekatan ketat dalam usahanya mencapai kes sifar Covid-19 tatkala kebanyakan negara sudah mula membuka kesemua sektornya.

Bagaimanapun, pendekatannya memberikan berterusan dalam beberapa minggu sejak kebelakangan ini dengan pelbagai kluster di seluruh negara ketika temasya itu akan berlangsung di Beijing.

223 kes baharu itu dikesan di bandar pelabuhan Tianjin yang dilanda virus terbabit dan sembilan kes termasuk kes yang disebabkan penularan varian Omicron yang terletak di selatan hub perkilangan di Guangdong.

Ada kalangan atlet dan pegawai pengiringnya sudah mula tiba di ibu negara menjelang temasya sukan menerusi gelembung yang dikawal ketat termasuk mengasingkan mereka dengan penduduk tempatan lain.

Bagaimanapun, selepas ada kes positif membabitkan warga tempatan di Beijing yang dikesan hujung minggu lalu, menyebabkan pihak berkuasa semakin mengetatkan peraturan bagi mereka yang tiba di bandar raya ibu negara itu dari tempat lain di China.

Bandar itu kini mewajibkan keputusan ujian negatif sebelum perjalanan dan ujian susulan lain selepas memasuki bandar, dengan penduduk digesa untuk tidak meninggalkan bandar untuk cuti Tahun Baru China yang akan datang.

Beberapa pusat pelancongan di ibu negara juga ditutup.

Wanita yang dijangkiti di Beijing tidak melakukan perjalanan atau mempunyai kontak dengan individu dijangkiti, kata pihak berkuasa ketika mereka melakukan ujian ke atas kira-kira 13,000 orang yang tinggal atau bekerja di kawasan sama.

Pegawai Kesihatan Pang Xinghuo berkata, virus itu ditemui pada permukaan surat yang diterima orang yang dijangkiti dari Kanada serta di dalam surat yang belum dibuka.

Katanya, berpuluh-puluh surat dari kumpulan yang sama diperiksa dan diuji dan lima menunjukkan kesan positif Covid-19, termasuk sampel dari dalam surat yang belum dibuka.

Katanya, jujukan itu berbeza daripada kes Omicron di China dan menyamai jujukan yang dikenal pasti dari Amerika Utara bulan lalu.

“Kami membuat kesimpulan ada kemungkinan jangkitan virus melalui objek masuk yang tidak boleh diketepikan,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis memberi amaran pendekatan sifar-Covid China yang berterusan termasuk perintah penutupan yang pantas dan disasarkan serta sekatan perjalanan akan mengakibatkan bebanan ekonomi.

Sebanyak 68 kes lagi dilaporkan di seluruh wilayah tengah Henan di mana sekatan pergerakan separa dan ujian besar-besaran dilaksanakan untuk berjuta-juta penduduk.

Zhuhai, bandar tanah besar yang bersempadan dengan hab perjudian Macau, mengarahkan penduduk supaya mengelak daripada keluar di samping mula menguji seluruh bandar mulai hari ini selepas mengesan sebilangan kes Omicron.

Sementara itu, di bandar bersejarah di utara Xi’an, jangkitan mulai perlahan kepada satu angka selepas hampir sebulan diperintah perintah berkurung.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok