Melbourne cecah rekod pandemik walaupun hampir dua bulan ditutup

September 30, 2021 · Dunia

Victoria, salah satu negeri di Australia, hari ini merekodkan lonjakan kes baharu Covid-19, walaupun Melbourne diletakkan di bawah perintah sekatan yang ketat sejak hampir dua bulan lalu, tatkala pihak berkuasa bertungkus-lumus memperhebatkan pemberian vaksin kepada penduduknya.

Negeri itu melaporkan 1,438 jangkitan baharu, majoriti di Melbourne, melepasi kenaikan harian pada Rabu sebanyak 950 kes. Negeri itu turut merekodkan lima kematian baharu.

Sejak beberapa bulan lalu, bandar-bandar besar di Australia, seperti Melbourne, Sydney dan Canberra diletakkan di bawah perintah sekatan yang ketat bagi memerangi gelombang ketiga jangkitan Covid-19 susulan penularan varian Delta yang pantas.

Pihak berkuasa Australia telah mengetepikan strategi sifar Covid-19, sebaliknya kini menumpukan usaha inokulasi penduduknya setelah melihat vaksinasi sebagai jalan keluar untuk membuka kembali negara itu.

Rekod baharu jangkitan di Victoria menyusul ketika Kerajaan Pusat memutuskan untukmenghentikan sokongan kewangan kecemasan kepada perniagaan yang teruk terjejas akibat langkah sekatan dan penutupan, seiring rancangan menamatkan sokongan kepada pekerja yang dijangkiti Covid-19.

Bendahari Persekutuan Josh Frydenberg berkata bantuan sementara akan dihentikan sebaik sahaja 80% populasi dewasa di negeri dan wilayah di Australia menerima vaksin lengkap.

“Kami tidak dapat menghapuskan virus, kami perlu belajar untuk hidup bersamanya dengan cara yang selamat,” kata Frydenberg dalam satu kenyataan.

Keputusan kerajaan Persekutuan untuk menghentikan bantuan sokongan, yang dibahagi sama rata antara negeri-negeri dan Canberra, akan memberi tekanan kepada negeri bebas Covid untuk memastikan ekonomi mereka dibuka dan mengelak penutupan untuk memerangi wabak itu pada masa depan.

Perdana Menteri Scott Morrison menekan semua negeri dan wilayah di Australia supaya mulai hidup dengan virus tersebut setelah inokulasi penuh mencapai 70 peratus hingga 80 peratus.

Namun, Queensland dan Australia Barat, yang kebanyakannya bebas Covid-19, menyatakan mereka mungkin menunda pembukaan semula negeri itu.

Walaupun terdapat penularan varian Delta, jumlah kes di Australia kekal sekitar 104,000 dan kematian pada 1,283, jauh di bawah negara lain yang setaraf. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
21 jam lalu· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022
Lagi Dunia terkini
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
15 minit lalu · Dunia
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
14 jam lalu · Dunia
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
15 jam lalu · Dunia
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
22 jam lalu · Dunia
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok