Masjid, madrasah di India buka pusat rawat Covid-19

May 1, 2021 · Dunia

Dengan jumlah kes Covid-19 yang melanda bagaikan tsunami, umat Islam di India mengambil inisiatif memberi bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kepercayaan.

India kini berdepan ‘tsunami Covid-19’ paling menggerunkan apabila pada Jumaat sahaja, negara itu mencatatkan rekod baharu tertinggi sembilan hari berturut-turut dengan 386,452 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 kepada 18,762,976.

Justeru, pertubuhan Islam di beberapa negeri di India mengambil inisiatif menjadikan masjid dan sekolah agama sebagai pusat bantuan dan rawatan pesakit Covid-19.

Di bandar Vadodara, Gujerat, pihak pentadbiran madrasah Darul Uloom menyediakan kawasan khas sebagai wad pengasingan bagi merawat pesakit Covid-19, dengan katil serta oksigen turut disediakan.

“Kes semakin meningkat dan permintaan terhadap katil hospital bertambah. Kami mengambil keputusan membuka pusat kemudahan kerana kami mahu membantu orang ramai.

“Kemudahan ini telah beroperasi sejak minggu lalu, dan kami dapat memberikan rawatan kepada sebilangan besar pesakit,” kata Pengetua madrasah itu, Arif Abbas.

Sebahagian daripada masjid di Vadodara juga diubah menjadi pusat kemudahan dan rawatan Covid-19.

“Kami mengupah doktor untuk menguruskan 50 katil pesakit dan peralatan lain termasuk oksigen.

“Perkembangan terkini Covid-19 memaksa kita untuk memberi bantuan,” kata Ahli Jawatankuasa Masjid Jahangirpura, Irfan Sheikh.

Di ibu negara, New Delhi, di mana hospital berdepan kekurangan bekalan oksigen, ramai ulama yang mengumumkan bahawa mereka membuka pusat pengasingan untuk pesakit Covid-19.

Selain itu, kumpulan Muslim di India juga telah memulakan talian bantuan untuk memberi petunjuk mengenai katil dan bekalan oksigen, susulan banyak desakan di media sosial berkaitan kedua-dua kemudahan itu.

“Kami membentuk pasukan petugas bantuan seminggu lalu. Sebuah bilik kawalan di New Delhi dengan 30 pekerja beroperasi sepanjang masa untuk membantu pesakit,” kata jurucakap Pertubuhan Pelajar Islam India, sayap Jamaat-e-Islami, Musab Qazi.

Katanya, menerusi pasukan petugas itu pihaknya membantu orang ramai mendapatkan katil, bekalan oksigen dan vaksin Remdesvir.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Imam India yang berpusat di New Delhi, Maulana Umer Ahmed Ilyasi menggesa umat Islam tutut membantu menyediakan keperluan kepada pesakit Covid-19.

“Mengingat keadaan sekarang, semua orang harus segera membantu. Madrasah, sekolah, dan dewan jamuan yang dikendalikan oleh umat Islam harus digunakan dalam krisis ini.

“Kita harus melawan Covid-19 ini bersama, kerana pada saat ini situasinya sangat buruk,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Kerajaan tak jawab soalan syarikat mana dapat import telur: Wan Saiful
March 7, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
12 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
6 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok