Masalah mental meningkat ketika pandemik Covid-19, terutama wanita

October 9, 2021 · Dunia

Sejak Mac tahun, apabila wabak Covid-19 mula menular, masalah mental melibatkan kemurungan dan kegelisahan dalam golongan wanita dan remaja dilaporkan semakin meningkat di seluruh dunia.

Menurut jurnal perubatan The Lancet, kajian menunjukkan 52 juta populasi dunia menderita akibat kemurungan dan 76 juta lagi mengalami kegelisahan ketika bermulanya pandemik sejak awal tahun lalu.

Hasil kajian menunjukkan, kedua-dua kategori masalah mental itu meningkat ke 28 dan 26 peratus sepanjang tempoh pandemik ini.

Negara paling teruk mempunyai masalah mental yang tinggi kerana kesan daripada sekatan pergerakan, sekali gus melonjakkan kadar kes kemurungan dan kegelisahan dalam kalangan populasi dunia.

Ketua Penyelidikan Jurnal, Damian Santomauro dari Universiti Queensland memaklumkan hasil kajian mendapati sistem kesihatan mental di seluruh dunia perlu diperkukuhkan dengan kadar segara untuk menangani lonjakan kes kemurungan dan kegelisahan ini.

“Perkhidmatan kesihatan mental akibat Covid-19 perlu dipertingkatkan walaupun ia sangat mencabar, namun kita perlu melakukannya,” jelasnya.

Sejak akhir 2019, penularan wabak ini dilaporkan sudah mengorbankan hampir lima juta populasi dunia, walaupun pakar mendakwa angka itu lebih rendah daripada anggaran sebenar.

Data itu diambil berdasarkan pengumpulan maklumat di seluruh negara Amerika Utara, Eropah dan penyelidik Asia Timur turut merangka model jangkaan untuk menguji tahap kemurungan dan kegelisahan seseorang.

Menurut analisis itu, wanita berpotensi untuk mengalami kemurungan dan kegelisahan secara tidak berkadar ketika pandemik ini, sehingga menjejaskan tahap kesihatan dan sosial yang teruk di kebanyakan negara.

Ini kerana, wanita lebih terbeban dengan tugas mengasuh anak-anak serta menguruskan keluarga, di samping, golongan ini juga sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga dalam tempoh pandemik ini.

Selain itu, penutupan sekolah dan kolej juga turut menyekat kemampuan remaja untuk belajar dan bersosial, dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Peningkatan kes pengangguran juga mampu membawa kesan kepada kesihatan mental dalam generasi berumur 20 ke 24 tahun.

Pakar dari Universiti Queensland, Azile Ferrari menjelaskan pandemik ini akan menjejaskan ketidaksamaan di samping dapat mempengaruhi gangguan kesihatan mental dan mekanisme untuk menanganinya.

“Penggubal dasar di seluruh dunia harus mempertimbangkan masalah ini bagi mencari langkah untuk mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan mental ini,” jelasnya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok