Mark Ruffalo ajak dunia kenakan sekatan ke atas rejim Zionis Israel

May 12, 2021 · Dunia

Pelakon dan penerbit filem Amerika Syarikat, Mark Alan Ruffalo menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin yang kini sedang dibunuh oleh rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza.

Ruffalo mengajak peminatnya serta warga dunia untuk melakukan sekatan terhadap Israel, sebagaimana dilakukan bagi membebaskan orang kulit hitam di Afrika Selatan.

Setelah meminta sekatan ke atas negara pengganas Israel, Ruffalo mengajak pengikut dan peminatnya menandatangani petisyen untuk menekan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan itu.

Setakat ini, lebih 1.72 juta sudah menandatangani petisyen itu, dan beliau berharap ianya akan mencecah lebih dua juta.

“1,500 rakyat Palestin berdepan pengusiran di #Jerusalem. 200 penunjuk perasaan cedera. 9 kanak-kanak dibunuh. Sekatan ke atas Afrika Selatan membantu membebaskan orang kulit hitam – tiba masanya sekatan ke atas Israel untuk membebaskan Palestin,” kata Ruffalo.

Tandatangan itu boleh dibuat dengan meletakkan alamat e-mel menerusi laman https://secure.avaaz.org/campaign/en/save_palestinian_homes_in_jerusalem/?wXSHhab

Menurut petisyen itu, frejim Israel merancang mengusir 1,500 rakyat Palestin dari Baitulmaqdis, bermula dengan 40 keluarga di penempatan Sheikh Jarrah, yang berdepan kekejaman paling buruk.

Rakyat Palestin dengan berani memprotes di jalanan. Rejim Israel bertindak balas dengan kekejaman maksimum. Di Baitulmaqdis, ratusan penunjuk perasaan yang tidak bersenjata diserang, termasuk orang tua dan kanak-kanak.

Ini hanyalah satu lagi contoh kekejaman tentera rejim Israel ke atas rakyat Palestin, suatu ketidakadilan yang telah berlaku selama beberapa dekad.

Cukuplah cukup. Kehidupan, kediaman, dan hak Palestin adalah penting.

Sekatan berkesan. Di Afrika Selatan, sekatan membantu memebbaskan warga kulit hitam daripada Apartheid. Sekarang adalah masa buat dunia mengenakan sekatan ke atas Israel bagi membebaskan Palestin.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok