Manila kembali diletak di bawah penutupan penuh dua minggu

August 6, 2021 · Dunia

Ibu negara Filipina, Manila, diletakkan kembali di bawah perintah sekatan dan penutupan penuh selama dua minggu mulai tengah malam tadi susulan peningkatan penularan varian Delta Covid-19 yang semakin pantas dan meluas.

Metro Manila dan 16 bandar sekitarnya diletakkan di bawah ‘kuarantin komuniti diperketatkan’ (ECQ) yang menguatkuasakan peraturan ketat perintah penutupan sebagaimana diumumkan Presiden Rodrigo Duterte.

Ia adalah satu langkah yang sukar tetapi terpaksa dilakukan kerana hospital berdepan kekurangan katil unit rawatan rapi (ICU) dan kemudahan lain, kata jurucakap presiden Harry Roque.

Wilayah Laguna dan bandar IIoilo serta Cagayan de Oro di tengah dan selatan Filipina serta sekitarnya turut diletakkan di bawah ECQ, katanya.

Setiausaha Rendah Kesihatan Filipina, Maria Rosario Vergeire berkata keputusan itu adalah selari dengan pemodelan data yang mengunjurkan lonjakan kes Covid-19 disebabkan varian Delta.

Pakar daripada kumpulan pemantau bebas Octa Research minggu ini memberi amaran mengenai ‘lonjakan bencana’ yang boleh menyebabkan ‘ribuan orang mati’, kecuali jika kerajaan bertindak sekarang. Mereka mencadangkan sekatan dan penutupan penuh dilaksanakan selama dua minggu.

Metro Manila dan bandar di sekitarnya dihuni kira-kira 13 juta penduduk atau 1/10 daripada populasi di negara itu.

Semalam bandar itu menyaksikan keadaan huru-hara apabila beratus ribu penduduknya berebut-rebut untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sehingga pihak berkuasa terpaksa campur tangan.

Gambar dalam media sosial menunjukkan orang ramai berebut-rebut memotong barisan di pusat pemberian vaksin tanpa penjarakan fizikal.

Dengan kira-kira 1.6 juta kes Covid-19 dan hampir 30,000 kematian, Filipina adalah negara kedua di Asia Tenggara selepas Indonesia yang berdepan penularan terburuk wabak itu.

Hanya 10.3 juta penduduknya atau 9.3 peratus daripada 110 juta populasi yang menerima sepenuhnya vaksin Covid-19. Kerajaan Filipina menyasarkan untuk memberi vaksin kepada 70 juta penduduknya tahun ini.

Duterte juga memberi amaran akan menangkap mana-mana penduduk yang enggan mendapatkan suntikan vaksin. Bulan lalu, beliau mengarahkan ketua-ketua kampung melarang penduduk yang enggan menerima vaksin daripada keluar dari rumah.

Di bawah ECQ itu orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah, kecuali untuk membeli keperluan penting dan mendapatkan rawatan perubatan, sementara pusat beli-belah boleh dibuka hanya untuk premis farmasi, dan barang keperluan harian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok