Manila ditutup semula, sekatan lebih ketat dilaksana kekang varian Delta

July 31, 2021 · Dunia

Kerajaan Filipina sekali lagi meletakkan ibu negaranya dalam perintah berkurung, tetapi dengan peraturan lebih ketat susulan lonjakan kes Covid-19 disebabkan varian Delta yang semakin menular di seluruh Manila.

Jurucakap Presiden Rodrigo Duterte, Harry Roque memaklumkan Metro Manila, yang merangkumi 16 bandar dan dihuni kira-kira 13 juta penduduk, akan diletakkan di bawah ‘kuarantin komuniti diperketat’ selama dua minggu mulai 6 Ogos ini

“Membuat keputusan ini adalah sesuatyu yang amat sukar, namun demi kebaikan semua pihak, kerajaan terpaksa melaksanakannya bagi mengelakkan masalah di hospital, termasuk kekurangan katil, unit rawatan rapi dan keperluan lain jika terdapat peningkatan kes akibat varian Delta,” katanya.

Setiausaha Kesihatan Maria Rosario Vergeire turut menjelaskan bahawa penutupan itu selari dengan ramalan daripada model data yang memberi amaran mengenai lonjakan kes Covid-19 disebabkan oleh varian Delta.

Minggu ini, pakar dari kumpulan bebas Octa Research memberi amaran ‘lonjakan bencana’ yang akan menyebabkan ribuan orang terbunuh akan berlaku jika kerajaan tidak bertindak sekarang. Mereka mencadangkan ‘lockdown’ paling ketat dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.

“Kami menjangkakan lonjakan bencana, jika dibiarkan tidak terkawal dan kurangnya campur tangan kerajaan, kerugian yang lebih besar kepada kita semua akan berlaku termasuk kehilangan nyawa,” kata jurucakap Octa, Profesor Ranjit Rye.

Bermula 6 Ogos hingga 20 Ogos Metro Manila akan diletakkan di bawah perintah berkurung yang lebih ketat. Penduduk perlu berada di rumah dan hanya keluar sekiranya ada urusan penting atau bagi mendapatkan bahan makanan dan barang keperluan sahaja.

Peraturan itu antara lain menetapkan restoran dan kedai makan dibenar beroperasi tetapi untuk bungkus sahaja, sementara salun, kedai gunting rambut dan spa boleh dibuka dengan hanya untuk sepertiga dari tempat duduk. Gereja turut ditutup sepenuhnya.

Pusat beli-belah akan dibenarkan beroperasi tetapi hanya bahagian farmasi dan kedai yang menyediakan barang runcit dan keperluan pembaikan rumah sahaja.

Polis juga melaksanakan sekatan jalan raya di semua pintu masuk ke Metro Manila untuk mengurangkan pergerakan tidak penting orang ramai.

Octa Research juga memberi amaran jangkitan harian di Metro Manila mampu melonjak sehingga 2,000 kes sehari akibat penularan varian Delta yang pertama kali di kesan di India ini.

Pada Mac dan April lalu, kerajaan Filipina berjaya mengawal penularan Covid-19 di Manila, dengan hanya 1,000 kes sahaja dilaporkan sehari ketika seluruh negara sedang bergelut dengan jangkitan melebihi 15,000 kes sehari.

Sehingga sekarang, Filipina masih mampu mengawal penyebaran varian Delta yang teruk melanda seluruh Asia Tenggara termasuk Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Myanmar.

Namun, sejak beberapa minggu ini, Kementerian Kesihatan Filipina memaklumkan jangkitan kembali melonjak melebihi 1,000 kes sehari dan varian Delta pula telah merebak di beberapa bandar di wilayah itu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok