Manchester City rangkul Piala Liga 2021

April 26, 2021 · Dunia

Mencipta sejarah, Manchester City kembali merangkul Piala Liga 2021 apabila menumpaskan Tottenham Hotspur hasil jaringan lewat pemain pertahanan Aymeric Laporte.

Tottenham dilihat memberi saingan hebat dalam menghalang asakan bertubi-tubi City pada permulaan babak pertama di Stadium Wembley.

Namun, hantaran cantik pemain tengah City, Kevin De Bruyne, hasil sepakan percuma pada minit ke 82 menyaksikan pemain asal Perancis, Laporte menanduk bola ke gawang Tottenham melepasi penjaga gol Hugo Lloris.

Kemenangan ini adalah kali kelapan buat City menyimpan Piala Carabao – nama penaja untuk Piala Liga Bola Sepak Inggeris – sekali gus menyamai rekod dipegang Liverpool.

2021 juga merupakan tahun keempat Manchester City merangkul mahkota Juara Liga. – Agensi

Popular
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
July 3, 2022
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
20 minit lalu · Dunia
Gempa bumi sederhana dikesan di Laut Maluku Utara
6 jam lalu · Dunia
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
July 2, 2022 · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022 · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok