Malaysia antara negara berkecuali bincang isu umat Islam Uyghur

October 7, 2022 · Dunia

Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Khamis (6 Oktober 2022) mengundi menentang perbahasan dakwaan penyalahgunaan meluas di wilayah Xinjiang, China selepas dilobi sengit oleh Beijing, satu tamparan buat negara-negara Barat.

Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya bulan lalu membentangkan draf keputusan kepada badan hak asasi tertinggi PBB dengan menyasarkan China, sekali gus mencari sekurang-kurangnya perbincangan mengenai Xinjiang, diadakan.

Tindakan itu dibuat selepas bekas Ketua UNHRC Michelle Bachelet mengeluarkan laporan Xinjiang yang telah lama tertangguh, memetik kemungkinan jenayah kemanusiaan terhadap etnik Uyghur dan minoriti Islam lain di wilayah barat jauh China itu.

Negara-negara Barat berpendapat bahawa dengan laporan disediakan itu – tidak lebih daripada sekadar bercakap – adalah cukup bagi negara-negara lain untuk tidak akan menghalang isu berkenaan dijadikan agenda UNHRC.

Tetapi dalam detik yang penuh dram, 47 negara dalam majlis di Geneva itu mengundi 19-17 – menentang mengadakan perdebatan mengenai hak asasi manusia di Xinjiang, dengan 11 negara berkecuali.

“Ini adalah kemenangan untuk negara membangun dan kemenangan untuk kebenaran dan keadilan,” kata jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying menerusi Twitter.

Amnesty International menyifatkan undian itu sebagai lawak, manakala Human Rights Watch (HRW) berkata negara-negara yang menentang mengkhianati mangsa penderaan.

“Amerika Syarikat mengecam undian hari ini yang menghalang perbincangan mengenai Xinjiang,” kata Duta AS ke UNHRC, Michele Taylor menerusi Twitternya.

Negara-negara yang mengundi menentang debat ialah Bolivia, Cameroon, China, Cuba, Eritrea, Gabon, Indonesia, Ivory Coast, Kazakhstan, Mauritania, Namibia, Nepal, Pakistan, Qatar, Senegal, Sudan, Emiriah Arab Bersatu, Uzbekistan dan Venezuela.

Argentina, Armenia, Benin, Brazil, Gambia, India, Libya, Malawi, Malaysia, Mexico dan Ukraine, berkecuali.

Washington dan beberapa negara Barat telah menggunakan Xinjiang “untuk menyebarkan khabar angin dan menimbulkan masalah, terlibat dalam manipulasi politik di bawah nama hak asasi manusia, cuba mencemarkan imej China,” kata jurucakap Kementerian Luar China dalam satu kenyataan.

Draf keputusan supaya UNHRC membahas isu di Xinjiang dikemukakan oleh Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Norway, Sweden dan Turki.

Seorang diplomat Barat menegaskan bahawa tanpa mengira keputusannya, “objektif nombor satu telah tercapai” iaitu meletakkan Xinjiang dalam perhatian.

Pengarah Perkhidmatan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia (ISHR) Phil Lynch pula berkata berkata adalah “memalukan” bahawa “negara-negara Islam… telah gagal untuk menyokong perbincangan PBB mengenai pencabulan hak terhadap umat Islam Uyghur.”

Duta Besar Indonesia Febrian Ruddyard berkata: “Sebagai negara Islam terbesar di dunia dan demokrasi, kita tidak boleh menutup mata terhadap nasib saudara dan saudari Islam kita.”

Tetapi, kerana China tidak bersetuju, perbincangan “tidak akan menghasilkan kemajuan yang bermakna”, maka Indonesia mengundi ‘tidak’.

Sentimen itu disuarakan oleh duta Qatar Hend Al-Muftah.

China melancarkan serangan habis-habisan untuk menolak laporan Bachelet.

Negara-negara Afrika, di mana China adalah pemiutang utama selepas membuat pelaburan infrastruktur besar-besaran, menghadapi lobi yang sangat berat, kata pemerhati.

Akhirnya, hanya Somalia mengundi ‘ya’ daripada 13 negara. – AFP

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok