Makmal syabu: Warga Malaysia antara tiga orang diberkas polis Indonesia

July 22, 2022 · Dunia

Badan Narkotik Nasional Indonesia membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu selepas menahan tiga individu warga tempatan, termasuk seorang warganegara Malaysia di Kepulauan Riau pada Selasa (19 Julai).

Ketua agensi itu Inspektor General Petrus Golose berkata warga Malaysia yang juga bekas anggota polis berpangkat koperal ditahan dalam serbuan di makmal yang beroperasi di rumah sewa di perumahan Sukajadi, Batam, menurut laporan Bernama.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pihaknya menemui sejumlah bahan bukti termasuk alat memproses, cecair prekusor dan syabu seberat 5.1 kilogram.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati syabu itu telah diproses di Malaysia namun siasatan lanjut akan diteruskan.

“Kalau mereka telah masuk (dan melakukan aktiviti seperti ini) kita bersama-sama harus berwaspada terhadap kegiatan-kegiatan clandestine laboratory (makmal rahsia),” kata Petrus.

Berita berkaitan
MITI jumpa wakil AstraZeneca bincang perluaskan operasi di Malaysia
January 20, 2023· Isu semasa
Muhyiddin terima kunjungan Menteri Luar Singapura
January 16, 2023· Isu semasa
Malaysia layak ke separuh akhir selepas benam Singapuran 4-1
January 3, 2023· Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Lagi kejadian tembakan di AS: Tujuh pekerja ladang Asia dibunuh
January 24, 2023
Lagi Dunia terkini
Tahun baharu bawa gelombang pembunuhan mengerikan di AS
January 25, 2023 · Dunia
Lagi kejadian tembakan di AS: Tujuh pekerja ladang Asia dibunuh
January 24, 2023 · Dunia
10 maut, 10 cedera ditembak ketika sambut Tahun Baharu Cina
January 23, 2023 · Dunia
Turkiye kutuk keputusan benarkan bakar Al-Quran di Eropah
January 22, 2023 · Dunia
China sahkan sehingga 80 peratus penduduk dijangkiti Covid-19
January 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
14 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok