Majikan Singapura boleh pecat pekerja tak divaksin mulai 15 Januari

December 27, 2021 · Dunia

Mulai 15 Januari depan, semua pekerja di Singapura yang tidak divaksinasi boleh ditamatkan kontrak dan tindakan itu tidak dianggap sebagai ‘pemecatan yang salah’, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Dalam kenyataan hari ini, MOM berkata pemecatan itu adalah pilihan terakhir setelah dua langkah lain diambil iaitu membenarkan pekerja tidak divaksin bekerja dari rumah, dan memberi cuti tanpa gaji.

“Mulai 15 Januari, pekerja yang perlu berada di tempat kerja, tetapi tidak diberi vaksin, boleh diberi tugas sesuai yang boleh dilakukan dari rumah.

“Mereka juga boleh diberi cuti tanpa gaji berdasarkan syarat yang dipersetujui bersama.

“Sebagai pilihan terakhir, pekerjaan mereka boleh ditamatkan dengan notis mengikut kontrak mereka,” kata MOM sambil menjelaskan pemberhentian kerja tersebut tidak dianggap sebagai pemecatan yang salah kerana ia disebabkan oleh ketidakupayaan pekerja untuk berada di tempat kerja bagi menjalankan tugas mengikut kontrak mereka.

Tindakan itu dibuat susulan pengumuman Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) semalam bahawa pekerja yang tidak menerima vaksin tidak akan dibenarkan kembali ke tempat kerja mulai 15 Januari tahun depan.

Peraturan ini tetap dikenakan terhadap mereka walaupun ujian negatif Covid-19 bagi tempoh 24 jam sebelumnya. Mereka yang disahkan tidak layak dari segi perubatan atau telah pulih daripada Covid-19 dalam tempoh 180 hari dikecualikan.

MOM berkata sehingga kini, kira-kira 52,000 pekerja di Singapura belum mengambil sebarang vaksin Covid-19, termasuk lebih 6,700 berumur 60 tahun ke atas, dan berisiko tinggi mendapat penyakit teruk atau kematian akibat jangkitan virus itu.

Kementerian itu juga menyatakan bahawa hanya sebahagian kecil pekerja ini tidak layak secara perubatan untuk divaksinasi, manakala 98 peratus daripada tenaga kerja – tidak termasuk individu yang bekerja sendiri – telah divaksinasi.

Sehingga 19 Disember, 80 peratus firma telah mencapai perlindungan vaksin penuh untuk tenaga kerja mereka.

Ini adalah kemajuan yang besar, kata MOM, kerana ia menandakan penurunan daripada 75,000 pekerja yang tidak diberi vaksin setakat 5 Disember lalu.

“Pekerja yang tidak divaksinasi, terutamanya mereka yang lebih tua, akan memberi tekanan besar pada kapasiti penjagaan kesihatan kami dalam beberapa bulan akan datang, jika mereka dijangkiti Covid-19,” kata MOM. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok