Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi

September 29, 2022 · Dunia

Mahkamah tentera di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi serta penasihat ekonominya, warga Australia, atas tuduhan melanggar akta rahsia rasmi

Suu Kyi dan profesor Sean Turnell disabitkan bersalah oleh Mahkamah Daerah Pyinmana atas pertuduhan melanggar akta rahsia rasmi, selepas 18 bulan perbicaraan, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan Myanmar Now pada Khamis, menurut Bernama.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara yang sama ke atas bekas anggota Kabinet Suu Kyi, termasuk Menteri Kewangan, Kyaw Win, penggantinya Soe Win, dan timbalan menteri Set Aung atas pertuduhan yang sama.

Awal bulan ini, Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas pertuduhan penipuan dalam pilihan raya.

Suu Kyi kini berdepan sabitan penjara 23 tahun sejak tentera menggulingkan kerajaannya pada Februari tahun lalu.

Pada Jun, rejim tentera memindahkannya ke penjara dan meletakkannya dalam kurungan bersendirian.

Selepas rampasan kuasa tentera pada 24 Feb 2021, Suu Kyi diletakkan di bawah tahanan rumah sehingga April tahun ini, sebelum dipindahkan ke lokasi yang tidak diketahui, dipercayai Penjara Naypyitaw.

Wanita itu berhadapan lebih sedozen pertuduhan, termasuk rasuah. Bagi kes rasuah, beliau disabitkan dengan hukuman penjara lima tahun pada April.

Sebelum ini Suu Kyi menghabiskan kira-kira 15 tahun di bawah tahanan rumah semasa rejim junta berbeza di negara majoriti Buddha itu.

Suu Kyi dipenjarakan untuk kali kedua sejak 2009. Rejim junta ketika itu memindahkannya ke Penjara Insein Yangon selama empat bulan pada awal tahun itu kerana “melanggar peraturan tahanan rumahnya.”

Kerajaan Suu Kyi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera tahun lalu selepas memenangi pilihan raya kebangsaan pada November 2020.

Rampasan kuasa itu diikuti dengan pergolakan awam yang meluas apabila orang ramai mengecam penyingkirannya dan pemerintahan tentera. Junta membalas secara ganas ke atas mereka yang melakukan protes, walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa negara itu menuju kepada perang saudara.

Pasukan junta telah membunuh lebih 1,500 orang dalam tindakan keras ke atas pihak yang menentangnya, menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik, sebuah kumpulan pemantau tempatan.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Ini bukan keputusan yang mudah ditelan, kata Syed Saddiq
November 9, 2023· Politik
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok