Macron menang Presiden Perancis

April 25, 2022 · Dunia

Presiden Perancis, Emmanuel Macron memenangi pemilihan semula presiden bagi meneruskan penggal baharunya apabila mengetepikan saingan sengit pencabarnya, Marine Le Pen.

Menurut unjuran firma pengundian bagi saluran televisyen Perancis yang dibuat berdasarkan sampel kiraan undi, Macron dijangka memenangi kira-kira 58 peratus undian pada pusingan kedua berbanding Le Pen dengan 42 peratus,

Macron ialah Presiden Perancis pertama memenangi pilihan raya presiden bagi penggal kedua dalam tempoh dua dekad, namun keputusan undian diperoleh Le Pen juga menandakan parti haluan sayap kanan semakin memberi saingan bagi mengambil alih kuasa di Perancis.

Presiden berusia 44 tahun itu menghadapi pelbagai cabaran dalam penggal keduanya, bermula dengan pilihan raya Parlimen pada Jun nanti, berbekal majoriti tipis untuk memastikan beliau dapat merealisasikan cita-citanya mereformasikan Perancis.

Keputusan rasmi pemilihan itu dijangka akan dikeluarkan hari ini.

Dalam ucapan kemenangan di Champ de Mars di tengah bandar raya Paris, Macron berikrar untuk bertindak balas terhadap kemarahan pengundi yang menyokong pesaingnya, dengan mengatakan bahawa penggal baharunya tidak akan terus berubah.

“Jawapan mesti dijelaskan bagi menjawab kemarahan dan perselisihan faham yang menyebabkan ramai rakyat kita mengundi untuk pihak sana. Ia akan menjadi tanggungjawab saya dan mereka yang berada bersama saya,” katanya.

Sementara, Le Pen, 53 yang menerima keputusan pemilihan itu, menyatakan tidak akan meninggalkan Perancis dan sudah bersedia untuk pilihan raya perundangan pada Jun.

“Keputusan ini menunjukkan saingan yang cemerlang. Petang ini, kami lancarkan bagi saingan yang lebih hebat untuk pilihan raya perundangan nanti,” katanya.

Jurang kemenangan Macron kali ini lebih kecil berbanding saingan pusingan kedua pada 2017, apabila mereka juga bertemu pada pusingan kedua, dengan Macron ketika itu memperoleh lebih 66 peratus undi.

Badan pengundian menganggarkan peratusan keluar mengundi hanya 72 peratus, yang paling rendah dalam mana-mana pusingan kedua pilihan raya presiden sejak 1969.

Sementara itu, menurut keputusan tidak rasmi, 6.45 peratus pengundi tidak mengundi mana-mana calon sementara 2.35 peratus lagi merosakkan kertas undi mereka.

Berita berkaitan
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Popular
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok