Macron hilang majoriti Parlimen

June 20, 2022 · Dunia

Presiden Perancis Emmanuel Macron hilang majoriti Parlimen dalam pilihan raya pada Ahad, satu kekalahan besar yang boleh menyebabkan politik negara itu lumpuh kecuali beliau dapat berunding dengan parti lain.

Macron, yang merancang melakukan pembaharuan, termasuk meningkatkan umur persaraan, menerima tamparan hebat setelah pakatan sayap kiri yang baharu ditubuhkan mendapat kemenangan besar.

Keputusan undian pusingan kedua Ahad menyebabkan politik Perancis bergolak, meningkatkan prospek badan perundangan yang lumpuh atau gabungan Ensemble berantakan dengan Macron mungkin terpaksa mendapatkan sekutu baharu.

Macron, 44, kini juga berisiko terganggu oleh masalah domestik kerana beliau berusaha memainkan peranan penting dalam menamatkan pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan sebagai negarawan utama Kesatuan Eropah (EU).

Gabungan Macron akan tetap menjadi parti terbesar dalam Dewan Rakyat – dewan paling berkuasa dalam Parlimen Perancis – akan datang. Tetapi dengan 245 kerusi, menurut keputusan penuh yang diumumkan pada awal pagi Isnin, ia adalah kurang daripada 289 kerusi yang diperlukan untuk majoriti dalam Parlimen seramai 577 ahli.

“Keadaan ini merupakan risiko bagi negara kita, memandangkan cabaran yang perlu kita hadapi,” kata Perdana Menteri Elisabeth Borne dalam satu kenyataan di televisyen.

Keputusan itu menjejaskan kemenangan Macron dalam pilihan raya presiden April lalu apabila beliau menewaskan pemimpin sayap kanan untuk menjadi presiden Perancis pertama memenangi penggal kedua dalam lebih dua dekad.

“Ia adalah titik perubahan untuk imejnya yang tidak dapat dikalahkan,” kata Bruno Cautres, seorang penyelidik di Pusat Penyelidikan Politik Sains Po.

Akhbar harian Le Monde menjadikan tajuk utama di laman webnya: “Macron berdepan risiko kelumpuhan politik,” manakala harian Le Figaro berkata keputusan itu menimbulkan momok “mandat baru yang lahir mati”.

Gabungan berhaluan kiri baharu NUPES di bawah ketua figura berhaluan kiri berusia 70 tahun Jean-Luc Melenchon memenangi 135 kerusi, menurut kiraan AFP berdasarkan keputusan yang diterbitkan.

Gabungan itu, yang ditubuhkan pada Mei, menghimpunkan sosialis, sayap kiri yang ekstrem, komunis dan hijau.

Melenchon menyebut keputusan pada Ahad itu “di atas semua kegagalan pilihan raya” untuk Macron.

“Kekalahan parti presiden adalah menyeluruh dan tidak akan ada majoriti” di Parlimen, katanya kepada penyokong yang bersorak di Paris.

Berita berkaitan
PRU-15: Akar umbi berbeza pendirian, kem pro-Zahid dan Ismail Sabri bertembung?
June 12, 2022· Politik
Undang-undang larangan merokok generasi muda akan diperkenal
June 11, 2022· Isu semasa
PM putuskan tak perlu mesyuarat khas bahas lompat parti: Wan Junaidi
June 10, 2022· Isu semasa
Zahid boleh bawa usul undi tak percaya di Parlimen
June 10, 2022· Politik
Popular
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022
China siasatan tarian ghairah dalam kereta api
June 29, 2022
Singapura lapor 11,504 kes Covid-19 hari ini, tertinggi dalam lebih 3 bulan
June 28, 2022
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022
Lagi Dunia terkini
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
8 jam lalu · Dunia
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
13 jam lalu · Dunia
China siasatan tarian ghairah dalam kereta api
13 jam lalu · Dunia
Singapura lapor 11,504 kes Covid-19 hari ini, tertinggi dalam lebih 3 bulan
23 jam lalu · Dunia
Russia bom depoh senjata, bukan pusat beli-belah, kata Moscow
June 28, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok