Lonjakan Omicron: Warga emas diminta tak keluar rumah pada Mac

February 6, 2022 · Dunia

Menteri penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan meminta rakyat negara itu yang berusia 60 tahun dan ke atas untuk tidak keluar rumah mulai bulan depan susulan penularan varian Omicron Covid-19.

Menurutnya langkah itu bagi mengurangkan jumlah jangkitan dan kes kematian susulan jangkaan penularan varian Omicron akan memuncak dalam tempoh tiga atau empat minggu lagi.

“Saya cadangkan untuk dua minggu hingga sebulan akan datang, mereka yang berumur 60 tahun ke atas, lebih baik duduk di rumah buat sementara waktu,” kata Luhut ketika pertemuan secara maya pada sambutan ulang tahun ke-96 Nahdlathul Ulama.

Pertubuhan Islam terbesar itu meraikan ulang tahunnya dengan pelbagai acara di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, pada Sabtu dan Ahad.

Luhut yang juga menteri penyelaras Covid-19 bersama Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin berkata kebanyakan individu yang dijangkiti varian Omicron biasanya jatuh sakit hanya pada tempoh yang lebih singkat dengan gejala yang lebih ringan berbanding varian Delta.

“Tetapi, bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, tidak divaksin, dan mempunyai komorbid, varian terbaharu kekal boleh menyebabkan kematian seperti varian sebelum ini.

“Berdasarkan data, kebanyakan mereka yang meninggal dunia akibat daripada Omicron adalah warga emas, mempunyai komorbiditi, dan tidak diberi vaksin,” kata Luhut.

Sehingga semalam, data Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (Kemkes) menunjukkan lebih 5.7 juta individu berumur 60 tahun ke atas masih belum menerima sebarang dos vaksin.

Terdapat kira-kira 21.5 juta warga emas di Indonesia dengan daripada jumlah itu, hanya 15.6 juta, atau 73 peratus individu berumur 60 tahun ke atas, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih daripada 10.5 juta atau 49 peratus telah menerima dos kedua, tetapi hanya 863,000 telah mengambil dos ketiga mereka, menurut data Kemkes.

Budi Gunadi pula berkata kadar penularan varian Omicron Covid-19 adalah sangat tinggi, sambil beliau menjangkakan kemuncak penularannya akan berlaku pada penghujung Februari ini.

“Kami masih tidak tahu berapa tinggi kemuncak di Indonesia yang kami anggarkan akan berlaku pada penghujung Februari. Tetapi kami perhatikan di negara lain, ia boleh mencapai tiga hingga enam kali ganda daripada kemuncak penularan varian Delta, di mana Indonesia merekodkan lebih 57,000 kes baharu setiap hari,” kata Budi.

Indonesia semalam merekodkan 33,729 kes harian baharu, tertinggi sejak September 2021.

Sehingga semalam, negara itu merekodkan 4,480,423 kumulatif positif, dengan 4,172,458 pesakit telah sembuh, dan 144,497 kematian sejak wabak itu melanda negara keempat paling padat penduduk di dunia itu. – Agensi

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Wanita Iran potong rambut, bakar tudung protes kematian gadis
September 22, 2022
Suami sayang isteri, bina rumah ‘berpusing’ di Bosnia
October 11, 2021
WHO tolak rawatan plasma darah kepada pesakit Covid-19
December 7, 2021
Pyongyang tembak peluru berpandu menjelang latihan AS-Korea Selatan
September 25, 2022
Lagi Dunia terkini
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
38 minit lalu · Dunia
AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine
8 jam lalu · Dunia
Hujan lebat, petir di India ragut 36 nyawa dalam tempoh 24 jam
21 jam lalu · Dunia
Thailand turunkan tahap ancaman Covid, tarik balik perintah darurat
September 25, 2022 · Dunia
Indonesia sedia keluar daripada fasa kecemasan pandemik: Pakar
September 25, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
1 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok