Lonjakan jangkitan baharu Covid-19 di AS hampir kemuncak

January 3, 2022 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) sedang bergelut dengan lonjakan jangkitan Covid-19 pada kadar menghampiri ‘titik tegak’, akibat penularan varian Omicron di seluruh negara itu.

Penasihat utama Covid-19 di AS, Dr Anthony Fauci memaklumkan akibat krisis berkenaan, kes jangkitan itu mungkin akan mencapai kemuncak dalam tempoh beberapa minggu dari sekarang.

“Apa yang jelas, kita sekarang sedang berdepan dengan lonjakan kes yang sangat teruk akibat penularan wabak Covid-19,” jelasnya dalam satu program ‘This Week’ di ABC semalam, disamping menyifatkan kenaikan kadar jangkitan itu sebagai ‘sesuata tidak pernah terjadi sebelum ini’.

Penyebaran pantas varian Omicron kini mengamcam seluruh dunia, dengan menyaksikan lebih 440,000 kes baharu direkodkan di AS pada Jumaat lalu, iaitu meningkat hampir 200,000 kes berbanding ketika kemuncak penyebaran varian Delta pada Februari tahun lalu.

Namun begitu, Fauci memaklumkan pengalaman di Afrika Selatan, di mana varian Omicron pertama kali dikesan pada akhir November lalu sudah mencapai kemuncak penularan sangat pantas dan reda juga dengan cepat, mampu memberikan sinar harapan.

Jelasnya, semakin banyak bukti menunjukkan kesan jangkitan Omicron adalah lebih sederhana berbanding varian Delta.

Sehingga kini, kadar kematian dan kemasukan ke hospital juga jauh lebih rendah sepanjang tempoh beberapa minggu lalu, berbanding ketika lonjakan penularan varian lain Covid-19 sebelum ini.

Sementara itu, Fauci dan Setiausaha Pendidikan AS berpendapat menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka kembali mulai hari ini selepas cuti akhir tahun, pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka boleh dilakukan dengan selamat jika tindakan berjaga-jaga sewajarnya dilaksanakan.

Sehubungan itu, Fauci sekali lagi menggesa ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka sudah divaksin, memakai pelitup muka dan menjalani ujian saringan sekiranya perlu.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok