Loji penapis minyak Pertamina Indonesia terbakar, meletup

March 29, 2021 · Dunia

Sebuah logi penapis minyak PT Pertamina RU VI di Balongan, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, meletup dan terbakar, awal pagi tadi, menyebabkan sekurang-kurangnya lima penduduk sekitarnya cedera.

Kira-kira 950 penduduk lagi terpaksa dipindahkan berikutan kebakaran itu, sementara jurucakap Pertamina memberitahu, usaha memadam kebakaran besar itu masih dilakukan.

Punca kebakaran di loji yang mampu memproses 125,000 tong minyak sehari ini itu masih disiasat. Kebakaran dan letupan berlaku ketika hujan lebat.

Media tempatan melaporkan, kebakaran dan letupan loji yang terletak 225 di timur Jakarta itu berlaku selepas tengah malam.

Balongan adalah salah satu daripada loji penapis minyak terbesar syarikat milik kerajaan yang memproses minyak dari wilayah Riau dan dibekalkan ke Jakarta serta barat kepulauan Jawa.

Jurucakap polis Erdi Chaniago berkata, polis Jawa Barat masih menjalankan siasatan punca kejadian.

“Kami mengawal dan menutup lokasi kejadian kerana kebakaran masih berlaku. Kami, juga masih belum boleh menyiasat di tempat kejadian kerana pihak Pertamina perlu memadam kebakaran terlebih dahulu,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok