Liz Truss dilantik PM Britain

September 6, 2022 · Dunia

Ratu Elizabeth hari ini (Selasa, 6 September 2022) melantik Liz Truss sebagai Perdana Menteri (PM) Britain yang baharu bagi mengemudi negara itu melalui kemelesetan dan krisis tenaga yang mengancam masa depan berjuta-juta isi rumah dan perniagaan.

Truss, PM Parti Konservatif keempat dalam tempoh enam tahun, terbang ke rumah keluarga diraja di Scotland bertemu Ratu berusia 96 tahun itu untuk membentuk kerajaan. Beliau menggantikan Boris Johnson, yang terpaksa berhenti selepas tiga tahun berkuasa.

“Ratu Elizabeth menerima kunjungan Truss hari ini dan memintanya untuk membentuk pentadbiran baharu,” kata Istana Buckingham dalam satu kenyataan.

Truss akan berdepan salah satu senarai masalah paling menakutkan mana-mana pemimpin selepas perang di Britain apabila inflasi mencecah dua digit, kos tenaga melonjak, dan Bank of England memberi amaran tentang kemelesetan yang panjang menjelang akhir tahun ini.

Rancangannya untuk meningkatkan ekonomi melalui pemotongan cukai sambil menyediakan kira-kira £100 bilion (RM520.6 bilion) untuk mengehadkan kos tenaga telah mengeruhkan pasaran kewangan, mendorong pelabur untuk membuang paund dan bon kerajaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Johnson, yang cuba berpegang teguh pada kuasa pada Julai walaupun ramai menterinya meletak jawatan kerana beberapa siri skandal, memberitahu pemberita dan ahli politik yang berkumpul di Downing Street pada awal Selasa bahawa masanya telah tiba untuk negara itu bersatu.

“Ini dia, kawan-kawan,” kata Johnson dalam ucapan perpisahannya. “Apa yang saya katakan kepada rakan-rakan Konservatif saya, sudah tiba masanya untuk politik berakhir. Sudah tiba masanya untuk kita semua berada di belakang Liz Truss dan pasukannya serta programnya.”

Selepas bercakap dia meninggalkan London untuk pergi ke timur laut Scotland dan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Ratu Elizabeth sebelum Truss mengikutinya ke Istana Balmoral untuk diminta menggantikannya.

Johnson menggunakan ucapan terakhirnya untuk berbangga dengan kejayaannya, termasuk program vaksinasi awal ketika wabak Covid-19 dan sokongan awalnya untuk Ukraine dalam pertempuran menentang Russia.

Britain, di bawah pemerintahan Konservatif sejak 2010, hampir jatuh akibat krisis demi krisis dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kini terdapat prospek kecemasan tenaga yang panjang yang boleh mengurangkan simpanan isi rumah dan mengancam masa depan perniagaan kecil yang masih dibebani oleh Covid-19.

Bil tenaga isi rumah dijangka melonjak sebanyak 80 peratus pada Oktober, tetapi sumber yang biasa dengan situasi itu telah memberitahu Reuters bahawa Truss mungkin membekukan bil dalam rancangan yang boleh menelan belanja hingga £100 bilion.

Tidak jelas bagaimana Britain akan membayar sokongan itu. Pinjaman yang disokong kerajaan kepada pembekal tenaga, yang dibayar balik sama ada melalui levi pada bil masa hadapan atau melalui cukai am, sedang dipertimbangkan. – Agensi

Berita berkaitan
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
18 minit lalu· Politik
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
2 jam lalu· Politik
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
September 29, 2022· Politik
Arab Saudi umum Mohammed Salman sebagai PM baharu
September 28, 2022· Dunia
Popular
129 maut pergaduhan bola sepak di Indonesia, ratusan cedera
October 2, 2022
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022
Thailand kembali kepada normal
October 1, 2022
Sejarah hitam bola sepak Indonesia, Presiden arah siasatan segera
October 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Sejarah hitam bola sepak Indonesia, Presiden arah siasatan segera
7 jam lalu · Dunia
129 maut pergaduhan bola sepak di Indonesia, ratusan cedera
10 jam lalu · Dunia
Thailand kembali kepada normal
22 jam lalu · Dunia
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022 · Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
7 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok