Liverpool mara ke final Liga Juara UEFA

May 4, 2022 · Dunia

Liverpool pada Selasa melangkah ke final Liga Juara-Juara UEFA selepas memperoleh kemenangan ke atas Villarreal dengan agregat 5-2.

Villarreal mendahului dengan gol awal hasil rembatan Boulaye Dia pada minit ketiga dalam perlawanan yang berlangsung di Estadio de la Ceramica, Sepanyol, lapor Bernama.

Pasukan tuan rumah kemudian terus mendahului dengan jaringan menerusi tandukan pemain tengah Perancis, Francis Coquelin pada minit ke-41, lapor Agensi Anadolu.

Liverpool merapatkan jurang apabila Fabinho menyumbat gol menerusi tendangan jarak dekat pada minit ke-62 sebelum The Reds menyamakan kedudukan hasil tandukan Luis Diaz pada minit ke-67.

The Reds kemudian mendahului pada minit ke-74 apabila Sadio Mane membolosi gawang dengan rembatan kaki kirinya.

Pada minit ke-85, kelab Sepanyol itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Etienne Capoue dilayangkan kad merah. Perlawanan pusingan kedua tamat dengan kedudukan 3-2 memihak kepada Liverpool.

Liverpool akan beraksi bertemu pemenang perlawanan akhir antara Real Madrid atau Manchester City yang akan bermain di Stade de France, Paris pada 28 Mei.

Aksi perlawanan pusingan kedua Real Madrid dan Manchester City akan berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu pada Rabu.

Berita berkaitan
Jurgen Klopp sambung kontrak dengan Liverpool sehingga 2026
April 30, 2022· Dunia
Najib tutup TV awal selepas United kena belasah 5-0
October 25, 2021· Isu semasa
Aksi United, Liverpool batal selepas penyokong masuk padang
May 3, 2021· Dunia
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023
Lagi Dunia terkini
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok