Lima negeri di AS kesan Omicron, Biden umum langkah keselamatan

December 3, 2021 · Dunia

New York mengesan lima kes varian Covid-19, Omicron, kata gabenornya Kathy Hochul, sekali gus menjadikan setakat ini lima negeri di Amerika Syarikat (AS) yang telah mengesan varian itu, dengan 10 jangkitan dilaporkan.

California, Colorado, dan Minnesota mengesan kes varian Omicron dalam kalangan pesakit yang telah diberi vaksin sepenuhnya dan mengalami gejala ringan, manakala Hawaii melaporkan kes membabitkan individu tidak divaksinasi, yang mempunyai gejala sederhana.

Hochul memberitahu sidang media, salah satu kes di negeri itu melibatkan seorang wanita dari Long Island berusia 67 tahun yang baharu pulang dari Afrika Selatan dengan simptom ringan sakit kepala dan batuk.

Wanita itu diuji negatif sekembalinya pada 25 November tetapi disahkan positif coronavirus pada Selasa lalu, dan keputusannya dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.

Empat lagi individu yang dijangkiti varian Omicron adalah penduduk bandar raya New York tetapi maklumat lanjut belum diperoleh, katanya.

Sementara itu, Presiden Joe Biden mengisytiharkan pelbagai tindakan baharu dalam usaha untuk mencegah Covid-19 selepas kes melibatkan varian Omicron dikesan di negara itu.

“Pelan baharu tersebut adalah hasil gabungan daripada nasihat-nasihat yang disuarakan oleh semua pihak dan ia tidak melibatkan sekatan pergerakan kembali tetapi merangkumi liputan vaksinasi dan suntikan dos penggalak yang lebih meluas dan lebih banyak ujian saringan dan lain-lain lagi,” katanya.

Biden memaklumkan tindakan itu akan membolehkan semua sekolah dan sektor perniagaan kekal dibuka di samping memastikan rakyat di negaranya kekal selamat.

“Kami akan melawan varian baharu ini dengan sains dan kecekapan bukan dalam keadaan huru-hara dan kekeliruan,” jelasnya lagi.

Tindakan baharu ini termasuk meningkatkan lebih banyak liputan vaksinasi Covid-19 di seluruh negara, mengetatkan peraturan ujian saringan untuk semua pengembara antarabangsa dan mewajibkan keputusan ujian negatif sehari sebelum berlepas ke negara ini.

Sebelum ini, kerajaan AS sudah mengumumkan sekatan perjalanan dari Afrika Selatan dan tujuh negara di selatan Afrika akibat penularan kes varian Omicron.

AS juga turut mengumumkan rancangan untuk melanjutkan protokol pemakaian pelitup muka untuk perjalanan domestik sehingga pertengahan bulan Mac tahun depan kerana pada awalnya, protokol itu dijadualkan tamat pada Januari tahun depan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok