Lima maut, 2 cedera kena panah

October 14, 2021 · Dunia

Seorang lelaki bersenjatakan busur dan anak panah membunuh lima individu dan mencederakan dua yang lain dalam satu siri serangan di bandar Kongsberg di Norway pada Rabu, kata polis tempatan.

Suspek sudah ditahan, polis menambah.

“Lelaki itu menggunakan busur dan panah … untuk melakukan beberapa serangan,” kata Ketua Polis Oeyvind Aas kepada wartawan.

Polis sedang menyiasat sama ada senjata lain juga telah digunakan, katanya.

“Lelaki itu telah ditangkap … daripada maklumat yang kita ada sekarang, suspek melakukan tindakan sendirian,” tambah Aas.

Salah seorang yang cedera adalah pegawai polis.

Akhbar VG menunjukkan imej anak panah melekat pada dinding papan lapis sebuah premis.

Jumlah kematia itu adalah yang terburuk dalam mana-mana serangan di Norway sejak 2011, apabila ekstremis berhaluan kanan Anders Behring Breivik membunuh 77 penduduk, kebanyakannya kanak-kanak di sebuah kem remaja.

Serangan pada Rabu itu berlaku di kawasan yang luas di Kongsberg yang dihuni kira-kira 28,000 penduduk, 68 kilometer dari ibu negara, Oslo.

Perdana Menteri Nirway, Erna Solberg berkata polis melancarkan siasatan meluas berhubung serangan itu.

“Laporan yang diterima dari Kongsberg malam tadi menakutkan. Saya faham orang ramai kini dalam kebimbangan. Tetapi telah dapat mengawal situasi,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Pihak berkuasa Norway tahan warga Malaysia disyaki mengintip
September 12, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok