Liga Arab sokong tubuh suruhanjaya PBB siasat keganasan Israel

May 31, 2021 · Dunia

Liga Arab hari ini menyokong resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya antarabangsa bagi menyiasat keganasan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Liga Arab berpangkalan di Kaherah berkata resolusi itu bertepatan dengan tindakan rejim Israel yang melakukan pembersihan etnik di penempatan Sheikh Jarrah dan Silwan di Baitulmaqdis Timur serta di keganasan di Semenanjung Gaza.

Penolong Setiausaga Agung Liga Arab, Saeed Abu Ali berkata resolusi itu mencerminkan kesediaan masyarakat antarabangsa untuk memikul tanggungjawab terhadap apa yang dihadapi oleh rakyat Palestin susulan keganasan dan pelanggaran oleh rejim Israel.

Beliau meminta agar pembentukan suruhanjaya itu dipercepatkan dan memberi tekanan supaya rejim Zionis Israel tidak menghalang tugas yang akan dilakukan.

Pada Khamis, Majlis Hak Asasi Manusia PBB meluluskan resolusi yang menggesa sebuah suruhanjaya bebas antarabangsa dibentuk bagi menyiasat salah laku kemanusiaan dilakukan rejim Israel ketika serangan ke atas rakyat Palestin bermula 13 April lalu.

“Susuhanjaya itu akan menyiasat semua tuduhan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang berlaku sejak 13 April 2021.

“Semua punca yang mendasari ketegangan, ketidakstabilan, dan penentangan, termasuk diskriminasi dan penindasan sistematik berdasarkan identiti nasional, etnik, kaum, atau agama, perlu disiasat,” katanya.

Pada 10 Mei lalu, rejim Zionis Israel melakukan serangan besar-besaran ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 289, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh manakala haampir 2,000 lagi cedera. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok