Letupan gegar Pulau Kusu Singapura

April 19, 2022 · Dunia

Beberapa siri letupan menggegarkan Pulau Kusu di Singapura petang semalam, dengan api menjulang dan asap tebal berkumpul, susulan satu kebakaran di puncak pulau itu yang turut menempatkan tiga makan Melayu dianggap keramat.

Saksi kejadian yang berada di Pulau Lazarus berhampiran Pulau Kusu berkata kebakaran bermula kira-kira jam 6.20 petang.

Polis Pengawal Pantai, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) tiba di tempat kejadian kemudian.

Hujan lebat membantu memadamkan api, yang kelihatan telah menyambar kawasan berhampiran sebuah kuil di pulau itu.

Vitor Hong, 42, sedang berkhemah di Pulau Lazarus bersama empat rakannya apabila mereka terdengar bunyi letupan kuat diikuti letupan yang lebih kecil.

“Kebakaran itu sangat besar,” kata jurutera itu kepada The Straits Times, sambil menambah bahawa asap daripada kebakaran itu telah menutupi satu sisi pulau seluas 8.5 hektar itu.

Katanya sebuah bot pemadam kebakaran tiba kira-kira jam 7 malam dan kebakaran kelihatan padam kira-kira jam 8 malam, sebahagiannya disebabkan oleh hujan lebat.

Nur Muhammad Khayzan Abas, 41, yang berada di atas kapal layar berhampiran Pulau Lazarus, berkata dia tidak mendengar sebarang letupan tetapi terhidu bau sesuatu yang terbakar.

“Saya fikir ia ada kaitan dengan kapal saya. Tetapi apabila saya melihat ke arah langit di kawasan Pulau Kusu, terdapat asap hitam,” kata kapten kapal layar itu.

Semasa mengangkut penumpang, Khayzan berkata dia perlu kembali ke One Degree 15 Marina di Sentosa Cove. Dalam perjalanan, dia melalui Pulau Kusu dan melihat puncak bukit itu dilahap api.

Di jeti Pulau Kusu terdapat sebuah bot Polis Pengawal Pantai dan bot MPA, dan dia tidak melihat apa-apa aktiviti pelancong seharian atau rekreasi. “Kebiasaannya kira-kira jam 6.30 petang, tiada lagi orang ramai di situ,” katanya lagi.

SCDF berkata pasukan pemadam marin dan daratnya bertindak balas terhadap kebakaran di tengah-tengah hujan lebat.

Sebuah Kapal Penyelamat Marin (MRV) dan Kapal Bomba Tindak Balas Pantas dari Balai Bomba Marin Brani dan Balai Bomba Marin Pantai Barat telah dihantar ke pulau itu, bersama-sama krew bomba dari Balai Bomba Marina Bay.

Diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tanah Singapura (SLA), Pulau Kusu menempatkan tiga makam Melayu serta sebuah tokong Cina.

Semasa bulan lunar kesembilan, yang jatuh antara September dan November, pulau itu menarik ribuan penganut yang melawat Kuil Da Bo Gong (Tua Pek Kong) yang terletak lebih dekat dengan jeti.

Selepas memberi penghormatan di kuil, ramai penganut akan mendaki 152 anak tangga di sebuah bukit kecil untuk melawat makam yang dianggap keramat itu.

Menurut laman web SLA, makam-makam itu dibina untuk memperingati seorang lelaki soleh abad ke-19, Syed Abdul Rahman, ibunya Nenek Ghalib dan adik perempuannya Puteri Fatimah.

Pihak berkuasa dilaporkan masih menyiasat punca kejadian. – ST

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
PMX kata 47 kes mahkamah Zahid dihentikan kerana boleh dipersoalkan: Laporan
September 15, 2023· Politik
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok