Letupan bom dalam masjid di Kabul korbankan lebih 50 nyawa

April 30, 2022 · Dunia

Letupan bom yang kuat membunuh lebih 50 jemaah selepas solat Jumaat dalam sebuah masjid di Kabul, siri serangan terbaharu terhadap sasaran awam di Afghanistan pada bulan suci Ramadan.

Letupan berlaku di masjid Khalifa Sahib yang terletka di barat ibu negara pada petang Jumaat, kata Besmullah Habib, wakil jurucakap Kementerian Dalam Negeri.

Serangan itu berlaku ketika jemaah di masjid Sunni berkumpul selepas solat Jumaat untuk mengadakan amalan Zikir, amalah yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam tetapi dilihat sesat oleh beberapa kumpulan Sunni di Afghanistan.

Ketua masjid, Sayed Fazil Agha berkata seseorang yang dipercayai pengebom berani mati menyertai jemaah dalam majlis itu dan meletupkan bahan letupan.

“Asap hitam naik dan merebak ke mana-mana, mayat ada di mana-mana,” katanya sambil menambah anak saudaranya antara mangsa yang terkorban.

“Saya terselamat, tetapi kehilangan orang yang saya sayangi,” ujarnya lagi.

Seorang saksi penduduk tempatan, Mohammad Sabir berkata melihat orang ramai dibawa masuk ke dalam ambulans dan mendengar satu letupan yang kuat dalam masjid.

“Letupan itu sangat kuat. Saya sangkakan gegendang telinga saya pekak,” katanya.

Wad kecemasan di pusat bandar Kabul berkata mereka sedang merawat 21 pesakit yang cedera dalam letupan itu dan dua meninggal dunia semasa tiba di hospital.

Sumber hospital memberitahu setakat ini sudah menerima sekurang-kurangnya 30 mayat secara keseluruhan.

Berita berkaitan
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023· Dunia
Unit Pemusnah Bom tak kesan bahan meragukan di Bank Negara: Polis
September 20, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Saksi beritahu Zahid cari sumber kewangan lain bina masjid selepas akaun disita
August 22, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok