Lelaki Thai tembak mati tiga remaja selepas BMW bertembung motosikal

September 8, 2022 · Dunia

Seorang lelaki ditahan kerana menembak mati tiga pelajar sekolah menengah dalam aksi mengamuk di jalan raya, selepas kereta BMWnya bertembung dengan motosikal dinaiki remaja terbabit di selatan Thailand.

Polis berkata Theerasak Boonruang, yang menghadapi pertuduhan membunuh tahap pertama, berada di bawah pengaruh methamphetamine ketika kejadian berlaku di daerah Khao Phanom di wilayah Krabi pada Selasa.

Berang dengan kemalangan yang memecahkan cermin depannya, Theerasak melangkah keluar dari keretanya dan menembak mati tiga remaja berusia 18 tahun, seorang lelaki dan dua perempuan. Dia turut membakar motosikal berkenaan sebelum melarikan diri.

Orang ramai yang melihat api dari motosikal yang terbakar memaklumkan kepada pasukan penyelamat dan polis yang kemudian menemui mayat ketiga-tiga mangsa di tepi jalan dengan kesan tembakan.

Polis berkata remaja lelaki itu ditembak di muka dan dua gadis itu ditembak di belakang.

Pegawai turut menemui bahagian kereta rosak dan tertanggal dalam kemalangan di tempat kejadian serta kelongsong peluru daripada senapang patah.

Siasatan lanjut membawa polis ke kedai tayar kereta yang dikendalikan oleh suspek di Pheru Tiew daerah Khao Phanom di mana mereka menemui kereta sedan yang rosak itu.

Anggota polis mengarahkan lelaki berusia 42 tahun itu menyerah diri tetapi dia cuba melarikan diri melalui pintu tepi sebelum menyerah diri kepada polis.

Theerasak memberitahu polis dia tidak mengenali mangsa dan tidak bertengkar dengan mereka, sambil menambah dia dipengaruhi dadah methamphetamine.

Suspek juga dituduh memiliki senjata secara haram dan menggunakan narkotik.

Pada 2018, jalan raya Thailand dinamakan sebagai jalan paling maut di Asia Tenggara oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan kadar kematian berkaitan kemalangan di negara itu adalah 32.7 bagi setiap 100,000 orang.

Pihak berkuasa Thailand telah cuba untuk membanteras pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah, dan melancarkan langkah seperti mempromosikan penggunaan kamera papan pemuka untuk memalukan pemandu berbahaya.

Tetapi WHO berkata kadar kematian jalan raya yang tinggi di negara itu disebabkan oleh penguatkuasaan peraturan pemanduan yang lemah.

Ia melaporkan hanya 51 peratus penunggang motosikal memakai topi keledar dan hanya 58 peratus pemandu kereta memakai tali pinggang keledar.

Tahun lepas, Mahkamah Agung mengurangkan kepada tiga tahun empat bulan daripada hukuman penjara 10 tahun dikenakan ke atas seorang lelaki yang menembak mati seorang pelajar remaja semasa pergaduhan di tempat letak kereta di timur Thailand yang berlaku pada 2017. – Agensi

Berita berkaitan
KPM jalin kerjasama dengan kumpulan pelbagai latar belakang, kata Radzi
September 24, 2022· Isu semasa
Bajet 2023: KPM harap kadar baharu RMT bantu pelajar susah dipertimbang
September 23, 2022· Isu semasa
Melancong ke luar negara jejas pelancongan domestik kerana aliran keluar ringgit
September 22, 2022· Isu semasa
Wanita didenda RM56,000 guna dokumen palsu bagi laporan Mitra
September 21, 2022· Isu semasa
Popular
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
September 26, 2022
Perang Ukraine: Russia guna senjata laser generasi baharu hapus dron
May 19, 2022
Kenaikan OPR: Bank Dunia beri amaran risiko kemelesetan global
September 16, 2022
Lagi Dunia terkini
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
8 jam lalu · Dunia
Harga minyak global jatuh bawah AS$84 setong sejak 14 Jan
11 jam lalu · Dunia
AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine
18 jam lalu · Dunia
Hujan lebat, petir di India ragut 36 nyawa dalam tempoh 24 jam
September 25, 2022 · Dunia
Thailand turunkan tahap ancaman Covid, tarik balik perintah darurat
September 25, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok