Lelaki bunuh 6 sedang berpesta hari jadi sebelum tembak diri sendiri

May 10, 2021 · Dunia

Seorang lelaki membunuh enam individu, termasuk teman wanitanya, sebelum menembak diri sendiri ketika sambutan parti hari jadi di Colorado Springs, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Ahad waktu tempatan.

Polis yang tiba sejurus menerima maklumat mengenai bunyi tembakan menemukan mayat enam individu dan seorang lagi yang cedera parah tetapi meninggal dunia selepas tiba di hospital.

Bagaimanapun, kanak-kanak yang berada di dalam kenderaan di taman yang disediakan khusus untuk karavan, tidak dicederakan.

“Suspek, teman lelaki salah seorang mangsa memandu ke penempatan itu, berjalan dan masuk ke dalam karavan sebelum melepaskan tembakan ke arah individu yang berpesta hari jadi sebelum menembak dirinya.

“Rakan, keluarga dan kanak-kanak berada di luar karavan untuk meraikan hari jadi ketika kejadian tembakan itu berlaku,” kata kenyataan Jabatan Polis Colorado Spring.

Freedi Marques, 33, yang meninggalkan parti itu lebih kurang jam 10,30 malam berkata ibu mertuanya adalah salah seorang daripada mangsa.

Selepas tengah malam, dia menerima panggilan telefon daripada anak salah seorang mangsa yang menangis sambil memberitahu sesuatu yang buruk telah berlaku. – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Lelaki miliki 12 rekod jenayah ditembak mati
August 31, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok