Lee rombak Kabinet Singapura

June 6, 2022 · Dunia

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan rombakan Kabinet, yang menyaksikan Menteri Kewangan Lawrence Wong dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Rombakan itu berkuat kuasa mulai 13 Jun.

Wong yang kekal Menteri Kewangan juga akan memikul tanggungjawab untuk Kumpulan Strategi dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO), mengambil alih daripada Heng Swee Keat, yang akan terus sebagai TPM.

Pengumuman itu menyusul kira-kira dua bulan selepas Wong dilantik sebagai ketua pasukan generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP) atau pasukan 4G, membuka jalan untuk beliau menjadi Perdana Menteri Singapura yang seterusnya.

Kabinet baharu akan mempunyai dua TPM. Wong, juga akan menjadi pemangku Perdana Menteri semasa ketiadaan Lee.

Keputusan itu, yang telah diperakui oleh semua Ahli Parlimen kerajaan, bermakna Wong bersedia untuk menggantikan Lee sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Keputusan untuk melantik Wong sebagai peneraju 4G dibuat selepas Heng berundur daripada menerajui 4G pada April tahun lalu.

Lee juga mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran portfolio lain, tetapi tiada perubahan kepada menteri yang menerajui setiap kementerian.

Rombakan lain melibatkan:

Tan Kiat How – menjadi Menteri Kanan Negara;
Eric Chua – Setiausaha Kanan Parlimen;
Rahayu Mahzam – Setiausaha Kanan Parlimen;
Dr Koh Poh Koon – Menteri Kanan Negara di Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar;
Sun Xueling – Menteri Negara di Kementerian Dalam Negeri;
Desmond Tan – Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri;
Baey Yam Keng – Setiausaha Kanan Parlimen Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar; dan
Chee Hong Tat – Menteri Kanan Negara di Kementerian Kewangan.

Berita berkaitan
Prestasi menteri kerajaan campuran semua memuaskan, kata Zahid
May 27, 2023· Politik
Ringgit jatuh lagi, menghampiri RM4.60 berbanding dolar
May 24, 2023· Isu semasa
Ringgit menjunam ke paras terendah berbanding dolar Singapura
May 24, 2023· Isu semasa
Sidang Dewan Rakyat Kedua, isu rasuah Menteri DAP dan pegawai dijangka hangat
May 22, 2023· Isu semasa
Popular
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok