Ledakan Omicron: Asia bergelut dengan lonjakan Covid-19

January 9, 2022 · Dunia

Jumlah kes Covid-19 dalam sehari di Jepun telah melonjak hampir 16 kali ganda sejak memasuki tahun baharu 2022, menunjukkan ledakan jangkitan yang didorong oleh penularan varian baharu, Omicron, di seluruh Asia.

Di tempat lain, rekod kes harian di Australia dan Filipina sejak 2020 pecah, manakala India mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada Sabtu, 8 Januari 2022.

Rekod Australia musnah setelah mencatat angka jangkitan harian sebanyak 116,025 kes pada Sabtu, melonjak tinggi berbanding lebih 78,000 sehari sebelumnya, tatkala negeri-negeri di Australia mula berebut untuk memperkenalkan semula sekatan bagi mengelakkan limpahan pesakit di hospital.

Filipina mencatatkan rekod baharu 26,458 kes pada Sabtu, hanya dua minggu selepas melaporkan kurang daripada 200 kes sehari. Sekatan khas telah diperkenalkan di Metro Manila, serta berpuluh-puluh bandar dan wilayah lain untuk menangani lonjakan itu.

Sementara, India, melaporkan 141,986 kes baharu Covid-19 pada Sabtu – tertinggi sejak Mei 2021 setelah varian Omicron mengatasi Delta untuk menjadi dominan di kawasan metropolitan.

Jepun, di mana jumlah kes berada dalam lingkungan tiga angka sejak darurat ditarik balik pada September 2021, melaporkan 8,480 kes baharu pada Sabtu, ketika jangkitan terus meningkat pada kadar yang membimbangkan. Tujuh hari sebelumnya Jepun melaporkan hanya 534 jangkitan baharu.

Daripada jumlah itu, Tokyo menyaksikan 1,224 kes baharu – melepasi paras 1,000 buat kali pertama sejak September dengan jumlah 15.5 kali ganda daripada 79 jangkitan pada Sabtu minggu lalu.

Lonjakan semasa, pada kecepatan yang belum pernah berlaku sebelum ini, menimbulkan kebimbangan kepada Perdana Menteri Fumio Kishida, yang merupakan pemimpin ketiga Jepun era Covid-19.

Beliau perlu mengharungi iklim politik yang berbahaya dan memutuskan sama ada mengenakan langkah yang lebih tegas atau melindungi kepentingan ekonomi.

Di sebalik kes yang tinggi dilaporkan, hanya terdapat 89 pesakit dalam keadaan serius dan dua kematian di Jepun dilaporkan pada Sabtu, namun seorang pakar memberi amaran jumlah itu tidak boleh dipandang ringan.

Profesor Hideaki Oka dari Jabatan Penyakit Berjangkit dan Kawalan Jangkitan Pusat Perubatan Saitama berkata, mereka yang dijangkiti Omicron dengan gejala ringan atau tiada simptom boleh menjalani kehidupan seharian mereka dan menyebarkan virus itu tanpa mengetahuinya.

Beliau turut memberi amaran kepada kerajaan supaya bersiap sedia menghadapi situasi terburuk, susulan penularan pantas varian Omicron itu.

“Walaupun bilangan kes teruk adalah lebih rendah, ianya hanya dibandingkan dengan varian Delta bukan dengan jangkitan lain. Jangkitan disebabkan Omicron mungkin seteruk atau lebih teruk daripada influenza dan ini bukan sebab untuk kita optimis,” katanya.

Apa yang mungkin masih menjadi persoalan politik ialah bagaimana varian Omicron dikatakan telah bermutasi dan membiak di Jepun disebabkan tingkah laku dalam kalangan askar Amerika Syarikat (AS) di pangkalan tentera di seluruh negara itu, walaupun penyebaran berikutnya mungkin dikesan ketika majlis keramaian atau perjalanan.

Sekatan ringan akan bermula pada Ahad hingga 31 Januari di tiga wilayah yang menjadi pangkalan tentera AS – Okinawa, Yamaguchi dan Hiroshima – dengan restoran diarah memendekkan waktu perniagaan dan jualan minuman beralkohol dihentikan.

Okinawa sendiri memecahkan jumlah kes hariannya untuk empat hari berturut-turut dengan 1,759 kes, manakala Hiroshima mencatat paras tertinggi harian baharu sebanyak 547 jangkitan. Hanya Yamaguchi mencatat penurunan daripada 181 jangkitan sehari sebelumnya kepada 154 kes pada Sabtu.

Covid-19 juga telah muncul di pangkalan tentera AS di Korea Selatan, dengan pihak pentadbiran tertingginya mengeluarkan amaran susulan jangkitan mingguan mencecah 682 kes baharu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,027 kes.

Pada Jumaat tentera AS melarang anggotanya di Korea Selatan daripada makan di luar pangkalan, serta melawat pusat beli-belah, bar, kelab, gim, taman hiburan, teater dan rumah urut.

Namun, Korea Selatan setakat ini terlepas daripada ledakan jangkitan apabila merekodkan 3,510 kes baharu pada Jumaat, turun berbanding 3,716 pada hari sebelumnya, walaupun kelompok kecil telah dikenal pasti di kawasan metropolitan Seoul.

Sekatan yang lebih ketat telah dikenakan semula bulan lalu walaupun dasar “hidup dengan Covid-19”, selepas negara itu melaporkan jangkitan harian yang memecahkan rekod mencecah 7,800 pada November.

Di China, di mana Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing akan dibuka pada 4 Februari ini, terdapat 159 kes pada Jumaat, turun daripada 174 kes sehari sebelumnya, dengan kebanyakan 95 jangkitan adalah penularan tempatan di wilayah Henan dan Shanxi. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok